Pages

Friday 30 December 2011

Dugaan dalam persahabatan

Dengan Nama Allah yang memiliki sifat-sifat kesempurnaan..
hanya Dia yang tahu apa yang tersirat di hati...
Dia yang menurunkan segalaNya untuk menguji kekuatan hambaNya...
Rahmat ujian....
menguji kesetiaan dalam jalinan ukhwah persahabatn keranaNya....
yang berlandaskan syariatNya...
Ya Allah....
ujian yang Kau turunkan terasa berat menimpa diri yang kerdil....
namun....tahu ada yang mengalami lebih kuat dan besar dari ini.....
sabarlah wahai diri.....sedikit sahaja yang menimpa....
Dia mahu menguji kesetiaan persahabatan ini....
walaupun tersepit di antara dua....
sabarlah......




p/s-everything and everyone that shows up in your life is there for the reason....
      alhamdulillah...bersyukur Allah aturkan pertemuan dengan mereka2 untuk menjalikn ukhwah hanya kerenaNya....moga ukhwah ini berkekalan hingga ke syurga....amin


~cukuplah hanya Allah dalm hidupku~

Thursday 29 December 2011

TARIKH KEWAFATAN SERTA BEBERAPA PERISTIWA PENTING DALAM SEJARAH ISLAM - Just to share...

Berikut adalah senarai tahun kewafatan Rasulullah SAW dan sebahagian para sahabat yang terkenal. Begitu juga diselitkan tarikh beberapa peristiwa penting sepanjang zaman Rasulullah SAW sehingga penghujung pemerintahan khalifah-khalifah rasyidin. Ia adalah sebahagian daripada tulisan yang dikumpulkan oleh ahli-ahli Multaqa Ahl Hadeeth.Semoga tarikh-tarikh berikut akan kita simpan untuk diingati selalu.
1- Khadijah Binti Khuwailid, isteri Rasulullah SAW – 3 tahun sebelum Hijrah.
2- Perang Badr – 2 H
3- Ruqayyah, anak Rasulullah SAW – 2 H
4- Perang Uhud – 3 H
5- Hamzah Ibn Abd. Muttolib, bapa saudara Rasulullah SAW – 3 H
6- Perang Dzat al-Riqa’ – 4 H
7- Perang Khandaq – 5 H
8- Perang Bani Quraizoh – 5 H
9- Perdamaian Hudaibiyyah – 6 H
10- Perang Khaibar – 7 H
11- Pembukaan Makkah – 8 H
12- Perang Hunain – 8 H
13- Perang Mu’tah – 8 H
14- Zainab, anak Rasulullah SAW – 8 H
15- Perang Tabuk – 9 H
16- Raja al-Najashi, pemerintah Habsyah – 9 H
17- Ummu Kalthum, anak Rasulullah SAW – 9 H
18- Ibrahim, anak Rasulullah SAW – 10 H
19- Haji Perpisahan (haji terakhir Rasulullah SAW) – 11 H
20- Kewafatan penghulu segala Nabi dan Rasul, Muhammad Ibn Abdullah, Rasulullah SAW – 11 H
21- Fatimah, anak Rasulullah SAW – 11 H
22- Peperangan al-Riddah (memerangi orang-orang murtad) – 11 H
23- Peperangan Dzat al-Salaasil – 12 H
24- Abu Bakr al-Siddiq, khalifah pertama – 13 H
25- Peperangan al-Qadisiyyah – 14 H
26- Peperangan Yarmuk – 15 H
27- Permulaan penyusunan semula kalendar Hijrah di zaman Umar – 16 H
28- Pembukaan Baitul Maqdis – 16 H
29- Pembukaan Mesir – 20 H
30- Zainab, isteri Rasulullah SAW – 20 H
31- Saudah, isteri Rasulullah SAW – 23 H
32- Pembukaan Libya – 23 H
33- Umar Ibn al-Khattab, khalifah kedua – 23 H
34- Pembukaan Khurasan – 29 H
35- Penulisan dan pengumpulan semula Al-Quran di zaman Uthman Ibn Affan – 32 H
36- Al-Abbas Ibn Abd. Muttolib, bapa saudara Rasulullah SAW – 32 H
37- Abdullah Ibn Mas’ud – 32 H
38- Uthman Ibn Affan, khalifah ketiga – 35 H
39- Peperangan al-Jamal – 36 H
40- Peperangan Siffin – 37 H
41- Ammar Ibn Yasir – 37 H
42- Ali Ibn Abi Tolib, khalifah keempat – 40 H
43- Hafsah, isteri Rasulullah SAW – 41 H
44- Ummu Habibah, isteri Rasulullah SAW – 44 H
45- Ramlah Binti Abu Sufian, isteri Rasulullah SAW – 49H
46- Al-Hasan Ibn Ali, cucu Rasulullah SAW – 49 H
47- Pembukaan Tunisia – 50 H
48- Safiyyah, isteri Rasulullah SAW – 50 H
49- Maimunah, isteri Rasulullah SAW – 50 H
50- Abu Hurairah – 57 H
51- Aisyah, isteri Rasulullah SAW – 58 H
52- Mu’awiyah Ibn Abu Sufian, khalifah pertama Kerajaan Bani Umaiyyah – 60 H
53- Al-Husain, cucu Rasulullah SAW – 61 H
54- Ummu Salamah, isteri Rasulullah SAW – 62 H
55- Ibnu Abbas – 68 H
56- Ibnu Umar – 73 H
57- Anas Ibn Malik – 91 H

Wallahualam


p/s-sumber http://aabab01.multiply.com/reviews/item/168?&show_interstitial=1&u=%2Freviews%2Fitem

Monday 26 December 2011

wArKaH bUat baKaL iMamKU...

Dengan Nama Allah yang Tinggi Dengan sifat-sifat Kesempurnaan...
Wahai pemilik cintaku setelah Allah dan Rasul,

Maafakan ana, insan yang kerdil lagi lemah ini, andai bicara dan nukilan kata yang tidak seberapa ini mengganggu kehidupanmu seharian, mengganggu urusanmu dalam hidup ini, yang mana tujuannya adalah menuju dan mencari redha Allah ta'ala...

Wahai bakal zaujku,
   Tiada kata seindah bicara selain doa yang ana titipkan saban hari untukmu walau kita tidak pernah saling mengenali antara satu sama lain..doa yang ana lafazkan saban hari sejak usia ana yang masih lagi setahun jagung, waktu yang ana sendiri pun belum matang dalam membuat sebarang keputusan, namun zaujku....doakanlah ana sentiasa kuat untuk menghadapi hidup ini....manangkis lajunya arus globalisasi yang mampu menghakis sifat insan seorang hamba juga sifat seorang manusia yang sebenarnya....doakanlah agar diri ini mampu untuk bertahan, mampu untuk mendamba cinta hanya dari Dia, Allah yang Esa....

Wahai bakal zaujku,
   Lumrah manusia, apatah lagi insan kerdil seperti ana ada perasaan mencintai dan ingin dicintai...apatah pada waktu-waktu sekarang ini, waktu-waktu dalam meniti usia remaja yang sangat kuat dugaan dan ujiannya...doakan ana wahai zaujku...agar ana kuat mempertahankan cinta ana hanya kepada Allah, Rasulullah, ibu dan ayah ana, dan juga untukmu wahai bakal zaujku...walaupun kita tidak pernah ketemu ataupun mungkin pernah ketemu tetapi dihijab pengetahuan oleh Allah yang Esa, namun titipkan doa agar kita sama-sama bersedia untuk menerima antara satu sama lain..

ya habibi...
   Mungkin hijab oleh Allah ini dapat membantu kita untuk menyiapkan diri untuk melangkapi diri dengan ilmu...agar kelak wujudlah keluarga yang sakinah dan mawaddah berteraskan kasih sayang hanya kepada Dia yang Esa....andai waktu tersebut sudah tiba, terimalah diriku seadanya zaujku, cintailah ana sekadarnya termasuk kekurangan diri ini, kerna apa yang ana minta hanyalah seorang insan yang dapat mencintai Allah melebihi cintanya kepada makhlukNya....insan yang dapat membawa ana melangkah bahgia ke syurgaNya, yang dapat membangkitkan ana untuk sama-sama melakukan qiamullail lillahita'ala, insan yang dapat melantukan ana dengan ayat-ayat suci Al-quran yakni ayat-ayat cinta dari Pemilik segala cinta andainya ana dalam kesedihan, insan yang dapat membetulkan dan membantu ana berjuang di jalan Allah ini, insan yang dapat menghormati kedua-dua ibu bapa ana, insan yang dapat mendidik dan mentarbiah generasi ana yang soleh, solehah serta hafiz dan hafizah...insyaAllah...ana akan sedaya upaya menjadi seperti "Ainul Mardhiyah" yang sentiasa setia menanti kehadiran sang kekasihnya...dan saat itu, ana akan menerima enta sekadarnya andai memang tertulis sejak azali lagi di luh mahfuz bahawa diriku ini tercipta untukmu, dan dirimu tercipta untukku..insyaAllah.......aminn..

                                                                                                                              Bakal zaujahmu....


p/s-xingat sumbernya dari mana....insyaAllah..sebuah perkomgsian..

Friday 16 December 2011

Refleksi Diri

Dengan Nama Allah yang saturated dengan Sifat Positif
Menyelusuri hari yang penuh dengan ujianNya...
Menjaga hati yang dimiliki Nya...
Mensyukuri nikmat yang dikurniakaNya...
Melihat dan memerhatikan keagungan dan kekuasaanNya...
Membuatkan hati ini makin rindu untuk berjumpa denganNya...
Ya Allah, Kau kuatkan hati ini,,,
untuk terus bermujahadah kepada Mu...
untuk terus mengejar cintaMu...
untuk terus melaksanakan semua perintahMu...
untuk terus merindui KekasihMu...
untuk terus memegang akan janjiMu dalam Kitab Cinta yang Agung...
agar diri ini tergolong dalam golongan yang 'sedikit' itu.....
insyaAllah Ya Rahim....bantulah ana untuk terus di jalanMu ini....

X-ray Dunia ini dan Hati mu

Kata Sheikh Ibnu Al Qayyim Al Jauziyah:

Dunia ini bagai wanita yang keji, tidak akan kekal dengan satu pasangannya. Sesungguhnya ia akan meminang ramai calon pasangannya agar mereka dapat memberi khidmat bakti kepadanya. 

Maka kamu jangan sesekali rela menjadi dayus.



******


Amirul Mukminin Saidina Umar pernah berkata 

Aku tidak risau makbul atau tidak sesuatu doa. Akan tetapi aku risau akan kesungguhan hati ini dalam berdoa. 
Apabila aku diberi ilham untuk berdoa, maka aku sangat yakin akan kemakbulannya. 


''Alangkah sedihnya, kamu boleh lihat betapa sesetengah manusia mengangkat kedua tangannya ke hadrat Allah hanya beberapa minit sahaja dan hanya untuk mohon keampunan. Berbanding sanggup berdiri beberapa jam menunggu urusan hingga selesai dengan orang yang ia ada keperluan dunia''.
Dengan Nama Allah Pemilik segala Cinta....
Alhamdulillah,..hujan yang turun pada petang hari yang damai makin
menambahkan rasa kesyukuran kepadaNya....
apatah lagi di petang hari jumaat nie.......
memandang kepada kehijauan bukit di belakang desa, ditiup angin yang sepoi-sepoi bahasa...
Ya Allah!syukurnya Kau masih mengizinkan diri yang lemah ini menghirup udara Mu^^
alhamdulilllah...jom renovate hati=)