Pages

Sunday 5 February 2012

Salam Maulidurasul 1433H

12 Rabiul awal 1433H

Dengan nama Allah yang tidak henti-henti mencintai hambanya...
seharum cintaNya~~
subhanallah..alhamdulillah..Allahuakbar...

kata-kata syukur hanya mampu ana coretkan dalam
coretan carca-marba ini...
mengenang kembali sirah junjungan kekasih kita...
Rasulullah, Nabi Muhammad sallaallahhualaihiwassalam....
kelahiran baginda yang amat dinanti-nanti untuk menyelamatkan
umat manusia dari belenggu kejahilan....

sedarkah kita??
tanpa kelahiran baginda ke bumi ini,
kita menghadapi saat-saat kejahilan...
yang pasti akan menyebabkan
diri yang lemah ini ke jurang api neraka...
apatah lagi dalam diri seorang wanita itu sendiri...
betapa baginda telah menyelamatkan dan mengangkat
martabat kaum wanita...
jika dahulu..semasa zaman jahiliah, sebelum kelahiran baginda ke bumi ini,
martabat wanita diinjak sewenang-wenangnya...
mereka dahulu(zaman jahiliah) malu apabila menerima kelahiran bayi perempuan,
lalu anak perempuan yang baru lahir ditanam hidup-hidup...
astagfirullah...
betapa kelahiran Rasulullah itu membawa suatu rahmat kepada bumi ini....

sedarlah....
kerana baginda, kita dapat merasai nikmatnya iman dan islam...
kerana baginda, kita mampu menikmati hidup ini dengan penuh keimanan,
kerana baginda, kita mampu merasai lazatnya mengenal Allah, lazatnya mencintai Dia dan kekasihnya,
lazatnya hidup dengan penuh syariat,
kerana dakwah baginda, Islam itu tersebar dari tanah Arab ke Tanah Melayu ini, sehingga kita dapat
merasai kekhusukan beribadat kepadaNya.....
alhamdulillah....

bersyukurlah dan hayatilah perjuangan baginda tercinta..
kenali peribadi baginda mulia dan jadikan baginda sebagai qudwah hasanah
dalam menjalani hidup yang penuh liku dan duri...
wallahualam...

Rasulullah by Hijjaz

Rasulullah dalam mengenangmu
Kami susuli lembaran sirahmu
Pahit getir pengorbananmu
Membawa cahaya kebenaran

Engkau taburkan pengorbananmu
Untuk umatmu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya

Tak terjangkau tinggi pekertimu
Tidak tergambar indahnya akhlakmu
Tidak terbalas segala jasamu
Sesungguhnya engkau rasul mulia
Tabahnya hatimu menempuh dugaan
Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kemenangan
Terukir namamu di dalam Al-Quran

Rasulullah kami umatmu
Walau tak pernah melihat wajahmu
Kami cuba mengingatimu
Dan kami cuba mengamal sunnahmu

Kami sambung perjuanganmu
Walau kita tak pernah bersua
Tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan rasul sebagai pembela
- untuk melihat video clip lagu di atas: http://www.youtube.com/watch?v=3B6nqLeJ8RA

p/s:salam maulidurradul 1433H ^_________^

~cukuplah hanya Allah dalam hidupku~