Pages

Friday 6 January 2012

Aku sang penyeru yang bisu


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah..
Aku sering melihat di sekeliling ku berbagai ragam saudara Islamku yang bercanggah dengan perundangan Maha Pencipta. Ada yang rancak bercinta, ada yang bersuka ria di tempat-tempat tidak elok, ada yang kurang sopan pakaiannya hingga tak terbeza siapa muslim dan siapa bukan. Ada yang di malam hari leka gembira di celah sorakan perlawanan bola sepak, ada yang lewat senja asyik melayan filem-filem barat mahupun tenggelam dalam lagu mereka.
Ada yang dengan tiada rasa bersalahnya tidak bersolat. Dari subuh ke isyak, sekali pun tak memijak sejadah. Ada yang tak malu langsung menjamah makanan di bulan ramadhan. Quran langsung tak disentuh, jadi buku asing, jauh benar-benar jauh. Ada pula yang meneguk air haram di kalangan teman. Mereka seolah bangga melakukan kemungkaran.
Dan aku? Oh, aku lain pula ceritanya. Aku yakin dan bangga menggelar diriku daie. Aku bernafas dengan kefahaman bahawa aku wajib menyeru manusia kepada Deen yang satu, yaitu Islam. Aku mengenakan lencana Daie di dadaku dan keluar rumah setiap hari mendakwa diri adalah Sang Penyeru itu.
Malangnya akulah Sang Penyeru yang bisu. Mulutku diam terkunci. Entah bagaimana aku boleh yakin yang akulah daie – akulah penyeru.
Hanya kerana aku berprogram, hanya kerana aku hantar borang mutabaah amal kepada naqibah, hanya kerana aku baca tulisan Al Maududi dan aku baca Muntalaq, hanya kerana aku bergaul sesama akhawat, aku berkunjung ke RI, hanya kerana aku sudah mendengar syahadatul haq, sayonara jahiliah, ghuzwatul fikr, dakwah fardhiyah dan selainnya, aku mendabik dada mengaku daie.
Nota yang Allah tinggalkan itu, aku pegang dan aku rasa aku sudah pun tergolong.
Tapi sebenarnya kemungkaran di sekelilingku, aku diamkan. Aku bisukan diri. Aku tidak berusaha mengajak temanku solat berjemaah. Aku tidak langsung bersungguh-sungguh berusaha memikat temanku kepada Al Quran. Aku jarang sekali membuka mulut menyampaikan kemanisan Islam dan Iman kepada saudara-saudaraku. Kalau ada pun, pilih-pilih orang. Yang nampak baik, yang nampak alim saja. Yang nampak ‘jauh’, aku biarkan. Kalau aku cuba, biasanya hanya sekali. Andai gagal, terus aku berhenti.
Aku tidak berani menegah kemungkaran yang aku lihat. Bimbang dibenci, bimbang dikutuk, bimbang dikata kolot, bimbang di cop “geng-geng skema”. Aku tidak langsung berusaha mengkhabarkan kepada mereka yang perbuatan itu salah, dengan memikirkan mereka sepatutnya sudah tahu sendiri.  Aku sering merasakan ‘ah biarlah dulu, nanti adalah yang lebih layak akan menegur. Nanti tersilap hemah, lain pula jadinya.’
Kadang pula, aku berasa cukup sekadar ‘membenci kemungkaran dengan hati’. Biarpun itu selemah-lemah iman. Asalkan, aku tidak sama terjerumus. Kadang-kadang  bagi aku, cukuplah aku berukhuwah dan berqudwah dengan mereka, dan aku dakwa pula aku berukhuwah kerana Allah. Walhal, ukhuwah fillah itu adalah saling menjaga dan membantu agar dapat bersama ke jannah.
Itulah aku. Daie atau sang penyeru yang bisu. Yang mendiamkan ajakan kepada ma’aruf, hingga begitu ramai kalangan saudaraku yang tidak temui tali untuk berpaut dan mereka terus hanyut dalam arus noda yang deras. Akulah penyeru bisu yang mendiamkan larangan dari kemungkaran sedang aku tahu yang mana halal dan yang mana haram. Akibatnya, saudara sekelilingku terus lena dalam pesona palsu noda yang hitam itu.
Akulah sang penyeru bisu yang lupa akan peringatan Allah,
“apakah kamu mengira kamu akan dibiar tanpa dipertanggungjawabkan?” al qiyaamah:36
Akulah sang penyeru bisu yang lupa akan amaran Allah saat aku menafikan hak saudaraku yang qabi’,
“Teman-teman akrab pada hari itu sebagiannya menjadi musuh bagi sebagian yang lain kecuali orang-orang yang bertaqwa.” Az-zukhruf:67
Aku lah sang penyeru bisu yang mengharapkan aku tergolong dalam kalangan tentera ad-deen yang maju bertempur di atas perbarisan panji islam, sedangkan aku sebenarnya insan yang di dalam kerugian teramat besar kerana tidak berpesan-pesan.
“demi masa sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran.” Surah Al asr

Aku kira, aku di atas jalan dakwah.
Aku kira, aku sudah di atas landasan sama yang dilalui nabi dan sahabat.
 Aku kira, inilah yang akan aku sembahkan di perhitungan kelak.
 Aku kira, aku yang sama-sama menjulang panji Islam itu.
Aku kira, aku sudah berentap menegakkan Islam di watan.
Aku kira, aku sudah bersaksi.
Aku kira, akulah daie akulah penyeru.
Malangnya aku penyeru yang  bisu; Seperti lampu yang tidak bernyala.

Sudah tiba masanya untuk pecahkan kebisuan itu. Kiranya aku ingin jadi penyeru, maka benar-benarlah menyeru hampir kepada yang ma’aruf, dan menyeru jauh dari yang munkar.

Thursday 5 January 2012

..:: Betapa agungnya Allah.. ::.


Kejadian berlaku di sebuah negara yang tidak dapat dipastikan namanya.Masyarakat dalam negara itu hidup dalam keadaan yang aman dan damai.Rata-rata penduduknya adalah yang menganut agama Islam.

Suatu hari datang seorang cendekiawan kristian, yang ingin menguji keagungan dan kebenaran Tuhan yang disembah. Cendekiawan itu berjumpa dengan raja negara tersebut dan meminta kebenaran untuk berdebat dengan| penduduk-penduduk di negara itu.


Pertaruhan yang telah ditetapkan oleh cendekiawan itu adalah,jika dia dikalahkan, dia beserta seluruh ahli keluarganya akan memeluk Islam.Sebaliknya jika dia menang, raja hendaklah memberi dia kekayaan dan kebenaran menyebarkan agamanya di situ. Dan syarat terpenting perbahasan ialah menggunakan bahasa isyarat. Kemudian raja pun bertitah mengumumkan pertandingan tersebut kepada rakyat dan barangsiapa yang kalah, dia akan dikenakan hukuman yang berat. Setelah hampir waktunya, muncullah seorang pengembala kambing Islam yang ingin membela agamanya.Dengan berat hati,raja membenarkan kerana tiada siapa lagi yang berani menyahut cabaran itu. Pada hari pertandingan, rakyat berkumpul di padang yang luas dan gembala kambing didudukkan bertentangan dengan cendekiawan kristian. Bermulalah soalan, cendekiawan menunjukkan satu jari kepada hadirin.

Gembala kambing pula menunjukkan dua jarinya pada hadirin. Dan jawapannya betul.Cendekiawan pula menunjukkan dua jari pula dan gembala kambing menunjukkan lima jari, jawapannya juga betul.Kemudian, cendekiawan menunjukkan lima jari, gembala kambing menunjukkan enam jari. Betul juga! Raja mula berfikir, hebat juga gembala kambing ini.

Cendekiawan yang tidak berpuas hati, membuat bulatan pada hadirin dengan tangannya, kemudian gembala kambing menunjukkan penumbuk tangannya.Betul lagi... Lalu cendekiawan tersenyum puas hati. Cendekiawan mengeluarkan pedang dan halakan ke langit. Gembala kambing pula mengeluarkan pisau kontotnya, lalu dijunamkan ke bumi. Betul! Lalu cendekiawan menepuk tangan.


Cendekiawan kemudiannya menunjukkan seekor ayam ditangan dan gembala kambing menunjukkan telur ayam ditangan. Betul... Maka tamatlah sesi perdebatan.Raja amat berpuas hati dengan kepandaian gembala kambing. Cendekiawan itu mengadap raja, untuk menunaikan janjinya. Raja bertanyakan soalan dan jawapan perdebatan antara cendekiawan dan gembala kambing. Cendekiawan pun mula bercerita...

"Sungguh hamba akui kebesaran Tuhan, sehingga rakyat tuanku dapat menjawab dengan baik sekali. Sebenarnya soalan hamba, tunjuk satu jari bermakna adakah kalimah syahadah cuma yang pertama sahaja? (Asyhaduallahilahaillallah...)Jawapan yang diberikan gembala kambing, dua jari.Jawapannya betul kerana sambungannya, (wa asyhaduan namuhammadarrasullullah)"

"Hamba tunjukkan dua jari, bermakna adakah rukun islam ada dua? Gembala kambing memberi jawapan, lima. Betullah... Bila hamba tunjukkan lima jari,maksudnya adakah islam setakat itu sahaja? Jawapan yang diberikan enam jari, sebab rukun iman ada enam"

"Bulatan pula bermakna siapa yang jadikan bumi? Gembala kambing menjawab penumbuk, betullah sebab Allah yang Maha Berkuasa. Bila hamba mengeluarkan pedang dan menunjuk ke langit, gembala kambing mengeluarkan pisau kontotnya dan menjunamkan ke bumi. Betullah... kerana Allah yang jadikan langit dan bumi."

"Ayam tu sebenarnya soalan bonus... apakah asal usul kejadian ayam itu Jawapannya telur... betullah...Sesungguhnya hamba amat berbesar hati dan akan mendalami islam sepenuhnya, serta menyebarkannya"

Raja tersenyum gembira mendengar soalan dan jawapan tersebut.Kemudiannya gembala kambing dipanggil untuk mengadap Raja, maka diberikan ganjaran yang telah dijanjikan. Dan bertanyalah Raja akan rahsia gembala kambing tersebut, adakah soalan itu dah bocor? Gembala kambing pun bercerita...

"Hamba sungguh tak puas hati betul dengan orang Kristian yang sombong itu.Dia tunjuk satu jari, maknanya dia nak kambing hamba satu. Jadi hamba menjawab, dua pun hamba boleh bagi. Dia tunjuk dua maknanya dia nak lagi dua pulak! Nak empat la maksudnya. Dan hamba jawab lima pun boleh.Kemudian dia tunjuk lima, maknanya takkan lima jea...? Oklah hamba boleh bagi enam pada dia."

"Lepas tu dia tunjuk bulatan, maknanya dia nak semua kambing hamba.Hamba pun tunjuklah penumbuk. Pas tu dia keluarkan pedang, wah wah... dia ingat orang kaya je ada pedang. Hamba pun tunjuk pisau kontot hamba.Sekurang-kurangnya hamba ada juga. Kemudian dia tunjuk ayam pulak!Amboi... mentang-mentanglah dia kaya, selalu makan ayam... Hamba pun mampu... walaupun hanya telur ayam. Tapi patik tetap bersyukur, kerana dia dah sedar dan nak peluk islam, sekurang kurangnya dia takkan sombong dan bongkak lagi..."Tergelak besar Raja mendengar penjelasan gembala kambing tersebut. Sungguh besar keagungan Tuhan... walau dengan cara apa sekalipun islam dicabar dan dihina, Islam akan tetap terbela.SubhanaAllah....



p/s-tidak pasti sumber dari mana ....wallahualam..satu perkongsian...moga kite mendpat manfaat...~cukuplah Allah dalam hidupku~