Pages

Friday 24 October 2014

Bila Tiba


Saat tiba nafas di ujung hela
Mata tinggi tak sanggup bicara
Mulut terkunci tanpa suara

Bila tiba saat berganti dunia
Alam yang sangat jauh berbeda
Siapkah kita menjawab semua
Pertanyaan

Bila nafas akhir berhenti sudah
Jatung hatipun tak berdaya
Hanya menangis tanpa suara
Ooo

Mati tak bisa untuk kau hindari
Tak mungkin bisa engkau lari
Ajalmu pasti menghampiri

Mati tinggal menunggu saat nanti
Kemana kita bisa lari
Kita pastikan mengalami
Mati

Mati tak bisa untuk kau hindari
Tak mungkin bisa engkau lari
Ajalmu pasti menghampiri

Mati tinggal menunggu saat nant
iKemana kita bisa lari
Kita pastikan mengalami
Mati


Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2013/08/lirik-lagu-bila-tiba-ungu-ost-sang-kiai.html#ixzz3H6mHANWo


Kadang-kadang xsalah kita mentadabbur akan sebuah lagu..selagi mana liriknya mampu mendekatkan kita kepada Allah ta'ala.serta xmelarikan kita dari mengingati matlamat hidup kita y sebenarnya, iaitu sebagai hamba, khalifah dan daie agamaNya..dan setiap kali apabila lagu ini menangkap cuping telinga untuk dihayati, pasti menimbulkan keinsafan dalam diri. Setiap bait kata yang dituturkan, sudah cukup mengingatkan diri y hina ini, akan sebuah KEMATIAN yang pasti.

Ya, kematian itu pasti. setiap yang bernyawa PASTI xakan terlepas menghadapi saat kematian itu. Namun, bagaimana persiapan kita menghadapi saat itu? Insan yang paling bijak di dunia adalah mereka yang paling banyak mengingati mati. Kenapa? analoginya mudah. bayangkan kita pulang ke kampung halaman, kemudian berhenti rehat untuk makan dan solat di sebuah RnR. Apabila selesai urusan seperti makan, solat dan lain-lain kita teruskan perjalanan menuju kampung halaman y dicintai. Dan begitulah dunia ini yang boleh diibaratkan seperti RnR itu yang menjadi tempat persinggahan sebelmu meneruskan perjalanan menghampiri kampung halaman kita iaitu ladang akhirat. Dan dengan mengingati mati merupakan booster yang kuat untuk kita persiapkan diri menuju kampung akhirat yang saban hari semakin hampir untuk didekati.

Kematian itu merupakan sebuah permulaan untuk satu kehidupan y pasti. Satu perpindahan untuk kita melangkah ke pertemuaan y abadi. Maka, persiapkanlah diri, untuk kita menghampiri ke pertemuan abadi itu, bertemu Sang Pencipta y Agung y saban hari diri diabdikan kepadaNya.


Usah sibukkan diri memikirkan sesuatu yang tidak pasti. jadilah hamba yang bijak dengan mengingati mati dan siapkan diri menghadapi perkara yang pasti ini, insyaAllah!

~cukuplah MATI sebagai peringatan buat diri,
cukuplah Allah sebagai pelindung~

Sunday 24 August 2014

Janji Khalifah by Hijjaz

Ke mana hilang janji dan sumpah setia
Menjadi hamba yang Esa
Walau digoda indah dunia
Mengapa kini hanya tinggal kata-kata
Tenggelam dalam lumpur dosa
Kembalilah
Bernafaslah dalam hela syahadah

Tidak kan jatuh langit menimpa kepala
Jua tak kan retak hamparan bumi yang enak dipijak
Namun cukup sekali seru pemilikNya
Seluruh semesta menyerah

Sesungguhnya di akhir yang nyata
Setiap nyawa kan kembali padaNya
Dihimpun dihitung semua

Semat utuh apa yang diikrar
Tika jasad dihembuskan nyawa
Hanya satu yang disembah Allah

Subhanallah.. Alhamdulillah.. Allah.. Allahuakbar.. 
Subhanallah.. Alhamdulillah.. Allah.. Allahuakbar..
Oh Ya Allah~

Tunduk dan pejamkanlah mata
Rasakan getaran kalimahNya
Jadi nadi dalam diri suci

Semat utuh apa yang diikrar
Tika jasad dihembuskan nyawa
Hanya satu yang disembah Allah

Subhanallah.. Alhamdulillah.. Allah.. Allahuakbar.. 
Subhanallah.. Alhamdulillah.. Allah.. Allahuakbar..
oh ya allah~

Ke mana hilang janji dan sumpah setia
Menjadi hamba yang Esa
Walau digoda indah dunia
Mengapa kini hanya tinggal kata-kata
Tenggelam dalam lumpur dosa
Kembalilah...
Bernafaslah dalam hela syahadah

Tidak kan jatuh langit menimpa kepala
Jua tak kan retak hamparan bumi yang enak dipijak
Namun cukup sekali seru pemilikNya
Seluruh semesta menyerah


Allah~ menghitung diri mendengar lagu ni...sesungguhnya setiap insan y bernyawa di atas muka bumi ini pernah melafazkan janji itu dihadapan Tuhan semesta alam...namun, begitulah putaran hidup ini..kadang-kadang kita terlupa akan akujanji dan kontrak hidup y telah kita lafazkan di hadapanNya...hanya iman y dapat memandu akal dan nafsu ke arah y lebih sempurna...namun ingtalah, walau sebanyak mana dosa y kita lakukan, jangan dilupa sifat Nya yang Maha Pengampun..selagi nyawa masih milik kita, masa utk bertaubat itu masih lagi terbuka...Sifat PengampunNya lebih besar dari dosa-dosa para hambaNya~~
http://www.youtube.com/watch?v=yq-YCS6azX4&index=2&list=PLhYvFYTou10Nc-bE_2MNcHrK2nLuo3oaC



~~cukuplah Allah bagiku~~


sumber:http://muhammadrashidghaffari.blogspot.com/2013/11/lirik-lagu-janji-khalifah-hijjaz.html




Monday 6 January 2014

Baitul Muslim vs Baitul Haraki

"Abang Hakim, Baitul Muslim impian saya ialah saya dan isteri mampu bangun bersama qiamulaill dan kami saling tadarus quran bersama-sama" kata seorang peserta.

"Ana pula mahukan baitul muslim yang mana suami ana bersedia kemas rumah sama-sama, masak sama-sama dan makan setalam sama-sama" jawab seorang akhawat malu-malu.

"Ana nak bawa isteri ana pergi program jemaah. Itulah baitul muslim impian ana" jawab seorang lagi.

Ana tersenyum mendengar jawapan mereka. Sesi baitul muslim tengahari hari itu sungguh segar dan menyenangkan. Semua peserta bersungguh memberi jawapan apabila ditanyakan baitul muslim bagaimana yang mereka impikan. Semenjak berkahwin, sudah banyak jemputan seperti ini dipenuhi.

Mata dilirik melihat zaujah tercinta yang duduk bersimpuh disebelah. Terasa kembali bersemangat untuk meneruskan sesi walaupun demam teruk , batuk dan selsema sejak beberapa hari. Dalam batuk kecil, ana memberikan jawapan.

"Jawapan antum itu benar.. cuma kurang tepat"

Para peserta yang sejak tadi tersenyum senyum terus berwajah serius. Diam memikirkan apa jawapan yang paling tepat.

"Cuba lihat maratibul amal. Selepas Fardu muslim datangnya Baitul Muslim. Dan apakah tahapan selepas Baitul Muslim" ana menyoal secara retorik untuk melihat reaksi para peserta.

"Mujtama' muslim" jawab mereka spontan dan serentak.

"Ya. Benar, Masyarakat Muslim. Dan bagaimanakah dengan aktiviti Baitul Muslim Impian anda seperti bangun sekali , makan sekali, berkebun sekali itu dapat merealisasikan matlamat membina sebuah masyarakat Islam yang Faham Islam dan seterusnya mengundi sebuah Negara yang bertunjangkan pemimpin yang faham Islam.

Para peserta semakin diam. Kelihatan masing-masing mula berfikir secara mendalam. Memang sengaja ana biarkan suasana awal pengisian tadi dalam keadaan ceria agar banyak lontaran idea dikeluarkan apatah lagi dalam topik yang menarik seperti baitul muslim ini.

"Justeru. bukanlah aktiviti berdua bersama pasangan yang harus menjadi impian baitul muslim anda sebenarnya. Tidak salah anda merancang untuk beribadah bersama-sama, hidupkan malam bersama-sama, baca quran bersama-sama... namun persoalannya, sejauh mana tindakan itu memberikan kesan kepada masyarakat sedangkan matlamat baitul muslim seharusnya selari dengan maratibul amal untuk melahirkan sebuah masyarakat islam?" panjang lebar ana bersyarah.

"Jadi, apa sebenarnya yang dikatakan baitul muslim impian itu? Boleh ustaz berikan contoh baitul muslim impian ustaz?" soal seorang peserta penuh minat.

Ana tersenyum mendengar soalan tersebut. Terkenang detik-detik liqa taaruf ana yang pertama dengan zaujah sebelum berkahwin di Masjid Salahuddin Al Ayubi , Gombak. Kini ana akan menyebutkan semula perkara yang telah ana katakan kepada zaujah ana pada waktu itu kepada hadirin... Baitul Muslim impian ana....

"Baitul Muslim impian ana adalah kami sama-sama sibuk mengendalikan program bukan sahaja di peringkat nasional , negeri dan kawasan... bahkan untuk kawasan kejiranan kami. Ana mahu adakan usrah untuk jiran tetangga. Pada sebelah Maghrib, ana mahu adakan kelas bacaan Quran percuma untuk anak-anak jiran. Jika ana dan zaujah sibuk dengan urusan Jemaah di luar kawasan, kami akan jadikan laman rumah kami untuk kelas tersebut dan mencari guru Al Quran yang terbaik agar anak-anak di taman kami celik Al Quran. Ana juga berhasrat untuk menjadi orang kuat Masjid di taman kami dan menghidupkan program program mendekatkan masjid dengan ahli masyarakat di taman dengan aktif. Ana mahu menganjurkan program anak muda seperti pertandingan bola di padang yang bersebelahan rumah agar dapat menyantuni generasi muda dengan akhlak rasul. Ana juga mahu menghidupkan cawangan jemaah di taman ana dan seterusnya menjadi sebuah taman perumahan yang subur dengan program program Islam. Hasilnya, seluruh penduduk taman bersatu atas dasar akidah Islam dan bila tiba masanya mengundi, semuanya akan keluar mengundi sebuah kerajaan Islam di Malaysia ini berkat kefahaman mendalam mereka." panjang lebar ana terangkan.

Kelihatan wajah para peserta bertukar menjadi cerah dan ceria. Mereka mengangguk-anggukkan kepala tanda faham apa yang ana sampaikan.

"Kalau begitu ana nak buat berzanji di rumah ana setiap minggu " sahut seorang peserta.

"Ana pulak nak buat kelas kemahiran komputer untuk remaja" jawab seorang lagi.

Ana tersenyum puas mendengar jawapan mereka.

"Ana pulak nak buat kelas memasak di rumah dan ajak semua jiran-jiran hadir " jawab seorang muslimat di hujung.

"Ish, nti ni.. asyik fikir makan aje!" usik rakannya di sebelah.

Ketawa kami berderai mengisi ruang tamu. Suasana sungguh ceria.

Alhamdulillah.. mereka sudah faham apa yang ana sampaikan. Sesungguhnya baitul muslim impian kita semua adalah sebuah rumah tangga yang PEDULI jiran tetangga, PEDULI soal masyarakat, PEDULI urusan masjid , PEDULI pembanggunan akhlak setempat dan PEDULI fikrah sekeliling. 

Ayuh upgrade baitul muslim itu menjadi baitul dakwah ! :)

BAITUL MUSLIM ----> BAITUL DAKWAH + BAITUL HARAKI

perkongsian dari: http://mujahadahfillah.blogspot.com/2013/05/baitul-muslim-vs-baitul-haraki.html

~cukuplah hanya Allah~

Wednesday 1 January 2014

Lirik dan Makna "robbi kholaq antal amin"

Robbi kholaqtan nabin nuur, filihtirom, filihtirom, 
Nadaahu aqbil ya mukhtaar, antal amiin, antal amiin

Lam yartaqol baytal ma’muur, sholla imam, , 
sholla imamWa qod tamamir robbihii, bahil jaliil, bahil jaliil,

Nadaahu aqbil ya mukhtaar, antal amiin, antal amiin


Minkum taa;antan nabil huur, yawmaz zihaam, yawmaz zihaam,

Sholli ‘ala bahil anwaar, ‘aynil yaqiin, ‘aynil yaqiin,
Nadaahu aqbil ya mukhtaar, antal amiin, antal amiin

Terjemahan:
Ya Rabb, Engkau telah menciptakan seorang nabi dalam kedudukan yang muliaOrang memanggilnya, terimalah wahai Muhammad, engkaulah sang Amin


Orang tiada mampu memajukan Baitul makmur, sampai sholat ditegakkan oleh seorang imamDan telah sempurna dari Tuhannya, dengan Wajah Sang Manusia yang mulia,

Orang memanggilnya, terimalah wahai Muhammad, engkaulah sang Amin


Sebagian dari kamu akan didatangi nabi yang membawa kebebasan, di hari kiamat, 


Semoga sholawat tetap terpanjatkan kepada Muhammad yang membawa cahaya, sang mata air keyakinan,Orang memanggilnya, terimalah wahai Muhammad, engkaulah sang Amin