Pages

Monday, 24 December 2012

NeW pOst, neW mOoD~

Dengan Nama Nya ana hidup~~

Mungkin agak pelik title, sebab xtahu nak tulis apa...
mmmmmm....

Disebabkan sekarang di
alam kampus ramai kawan2 dan sahabat
sedang mengalami satu demam...iaitu demam 'EXAM'
guna semula gambar yang telah pon diupload sebelum nie >.<

kadang2 kita tak sedar akan kelakuan kita,
sehinggalah Allah ketuk hati kita,
agar tersedar akan kekhilafan yang telah dilakukan...
kadang2 kita tak sedar yang kita telah 
pon lari dari niat sebenar,
sebab tu Allah sentuh hati kita agar kita
kembali semula tajdid niat yang telah dibuat,
jadi kawan2 jom tekan button 'refresh' dalam hati~
moga niat study ini sentiasa untukNya~
untuk agamaNya~ untuk kedamaian dibumiNya~
agar insan lain tahu bahawa Agama Islam ini tinggi, dan Allah Maha Tinggi!
Allahuakabar!


insyaAllah, post akan datang akan berkongsikan tentang niat Ikhlas hanya kerana Allah,
yang telah ana jumpa mutiara ilmu berharga ini dari sebuah buku yang amat
menjentik hati ana agar sentiasa perbetulkan niat hanya keranaNya~

wallahua'lam ^_^


~cukuplah segala niat ini didasari hanya keranaNya~

Sunday, 16 December 2012

KeLeBihAN dan TaFSir SuRah An-Nas

Dengan Nama Allah, yang mengizinkan ana bernafas,

Surah An-Nas adalah surah terakhir iaitu yang ke 114 setelah Surah Al Falaq, dalam Al Quran. Ia terdiri daripada enam ayat dan tergolong dalam surah Makkiyyah (turun sebelum hijrah). Nama ‘An-Nas’  yang bermaksud manusia, diambil dari perkataan ‘An-Nas’ yang disebut pada setiap akhir ayat surah ini.
 .
Surah ini pendek dan ringkas namun membawa erti mendalam tentang perlunya manusia kepada Allah sebagai pelindung mutlak daripada kejahatan syaitan durjana. Iaitu ia menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun jin. Surah An-Nas ini juga adalah penerang hati.
 .
.

Fadhilat Surah An-Nas :

Surah ini adalah bagi menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah SWT dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun jin.
1.  Surah An-Nas merupakan salah satu ‘Al Mu’awwidzataini’, iaitu dua surah yang mengandungi permohonan perlindungan.
2.  Surah An-Nas ini juga adalah dianggap surah penenang dan penerang hati.
3.  Surah An-Nas, jika dibaca sebanyak 1000 kali, boleh menjadi pengasih dan daya penarik.
 .
Daripada Aisyah r.ha. katanya : “Nabi SAW apabila ke tempat hamparan tidur setiap malam baginda menatadah kedua tangannya kemudian menghambus kedua tapak tangan lalu membaca surah Ikhlas, surah Al-Falaq dan surah An-Nas kemudian baginda menyapu ke bahagian badan yang dapat dicapai oleh kedua tangan, baginda memulakannya dari kepala, muka, dan bahagian badan yang dapat dicapai. Baginda melakukan seperti demikian sebanyak tiga kali.” (Hadis Riwayat Bukhari)

Surah An-Nas

Ayat Surah An-Nas pendek dan ringkas tetapi membawa makna yang mendalam tentang perlunya manusia kepada Allah SWT sebagai pelindung mutlak daripada kejahatan syaitan durjana.
Surah ini mengandungi tiga sifat Allah SWT: ‘Rububiyah’, ‘Mulkiyah’ dan ‘Uluhiyah’.Allah pengurus, Raja dan ‘Illah’ segala sesuatu. Semuanya adalah makhluk-Nya, di bawah kerajaan-Nya, dan mengabdi kepada-Nya. Oleh kerana itu, maka Allah memerintahkan kepada sesiapa saja agar memperlindungkan diri kepada Allah SWT yang mempunyai 3 sifat agung tadi, dari segala macam bisikan al-khannas, iaitu syaitan yang akan diwakilkan kepada manusia.
Surah An-Nas terdiri daripada enam ayat dan terbahagi kepada dua bahagian iaitu dimana bahagian yang pertama terdiri daripada ayat 1-3 yang memperkenalkan Allah SWT, manakala bahagian kedua pula merupakan hakikat syaitan pada ayat 4-6.
 .
.

BAHAGIAN 1 : Memperkenalkan Allah SWT.

Dalam 3 ayat di bawah, Allah diperkenalkan melalui 3 identiti utama iaitu Rabb, Malik dan Illah. Jika diteliti dari ayat pertama hingga ketiga fokus utama diberi kepada makhluk bernama manusia…betapa jelasnya kasih sayang dan istimewanya manusia yang diciptakanNya.
Dengan ketiga sifat Allah inilah, Allah SWT memerintahkan Nabi Muhammad shalallahu ‘alaihi wasallam dan umatnya untuk memohon perlindungan hanya kepada-Nya dari keburukan was-was yang dihembuskan syaitan.
Sebuah pendidikan ‘Rabbani‘, bahawa semua yang makhluk Allah SWT adalah hamba yang lemah, perlukan pertolongan-Nya. Termasuk Nabi Muhammad shalallahu ‘alaihi wasallam, Baginda adalah manusia biasa yang perlukan Allah SWT. Sehingga Baginda adalah hamba yang tidak boleh disembah, bukan tempat untuk meminta pertolongan dan perlindungan, dan bukan tempat bergantung.
 .
.

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم

“Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani”

.

قُلۡ أَعُوذُ بِرَبِّ ٱلنَّاس

1. Katakanlah (Wahai Muhammad):  “Aku berlindung kepada Tuhan (yang memelihara dan menguasai)  manusia. “
.
Allah sebagai ‘Rabb’ bermaksud Dia sebagai Maha Pencipta, Pemilik, Pemelihara, Penguasa, Pengatur dan Pemberi Rezeki. Dipamerkan kasih dan sayangNya kepada makhluk ciptaanNya dimana Dia sebagai Tuhan yang menciptakan.
Surah ini dimulakan dengan suatu perintah agar manusia memohon perlindungan daripadaNya. Al-Rabb dalam surah ini membawa maksud yang luas termasuk mengarah, menjaga, membimbing, memelihara dan melindungi. Dengan kefahaman ini, membolehkan kita merasakan betapa dekatnya Allah SWT dengan kita, Tuhan yang mengenali diri kita lebih daripada kita mengenali diri sendiri.
Pengakuan Allah selaku raja dan sembahan manusia juga sepatutnya membawa rasa takut kita kepada kekuasaanNya yang mempu berbuat apa sahaja. Pada masa yang sama, kita turut diberikan harapan oleh Allah SWT yang rahmatnya tiada terbatas.
.
.

مَلِكِ ٱلنَّاسِ

2. Raja (Yang menguasai dan memerintah) manusia.
 .
Perkataan  ‘Al Malik’ bermakna Allah sebagai Raja (pemilik dari segala sesuatu yang ada di alam ini), yang Maha Memimpin, Menjaga, Menguasai  dan Hakim (pengubal undang-undang) untuk manusia. Manusia tidak boleh mengambil undang-undang lain selain daripada undang-undang ciptaan-Nya.
Allah SWT sebagai Pemimpin, kita adalah hamba yang dibawah pimpinanNya seperti Raja dan rakyat, maka segala apa yang dimuka bumi ini adalah tanah Allah, kerajaan Allah bukan milik sesiapa. Negara ini (tanah yang kita duduki)  bukan milik kita tapi milik Allah, Allah SWT telah mengatur sistem undang-undang yang perlu dilaksanakan di tanahNya.
.
.

إِلَـٰهِ ٱلنَّاسِ

3. Tuhan yang disembah manusia.
.
Tuhan (Al Ilah) sembahan manusia pula mengandungi erti bahawa Allahlah yang paling dicintai, yang paling ditakuti dan ditaati, sebagai sumber pengharapan dan satu-satunya Zat yang berhak disembah dan diibadahi. Tidak ada pergantungan lain melainkan pergantungan hanya kepada Allah SWT.
.
Firman Allah SWT :
9:31
 “Dan tidaklah mereka itu diperintahkan, kecuali menyembah ILAH yang Esa, yang tiada ILAH melainkan Dia. Maha Suci (Allah) dari apa yang mereka sekutukan dengan Dia.”(Surah at-Taubah ayat 31)
Ringkasnya, implikasi kalimah La Ilaha Illallah ialah seluruh hidup mestilah berterusan di dalam ubudiyyah kepada Allah SWT. Tiada sebarang pengabdian atau ketaatan yang berdiri sendiri bahkan semua tindakan, perbuatan dan khidmat yang diberikan mestilah terpancar dan bersumber daripada ketundukan dan kepatuhan kepada Allah SWT semata-mata.
.
.

BAHAGIAN 2 : Hakikat Syaitan

Bahagian kedua surah ini pula menceritakan hakikat syaitan, musuh kita yang lemah pada azalinya, namun jauh lebih kuat daripada hati-hati manusia yang tidak mengenal Tuhannya.
Syaitan tidak mampu berbuat kerosakan, melainkan membisikkan kalimah-kalimah jahat serta melemparkan hasutan-hasutan pada hati manusia yang mudah alpa. Seterusnya manusia sendiri yang terpengaruh lalu melakukan kerosakan di dunia dengan tangan mereka masing-masing. Syaitan juga punya perangai si penakut. Dia hanya muncul dalam hati mereka yang tidak teguh imannya dan merasa lazat dengan perlakuan maksiat berterusan serta tidak yakin akan agungNya kekuasaan Allah, penguasa hari pengadilan.
.
.

مِن شَرِّ ٱلۡوَسۡوَاسِ ٱلۡخَنَّاسِ

4. Dari kejahatan (Syaitan) pembisik yang biasa bersembunyi,
.
Makna ‘al was-was’ adalah bisikan, manakala ‘al khannas’ adalah yang betul-betul tersembunyi, samar dan ‘mundur’.
Syaitan selalu mengbisikan hasutan-hasutan yang menyesatkan manusia ketika manusia leka dan lalai dari berzikir kepada Allah SWT. Sebagaimana firman-Nya:
43:36
“Sesiapa yang berpaling (tidak mengendahkan) pengajaran Tuhan yang Maha Pemurah (Al-Quran), Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya). Maka jadilah syaitan itu teman karibnya.” (Az-Zukhruf: 36)
.
Adapun ketika seorang hamba berzikir kepada Allah SWT, maka syaitan bersifat ‘khannas’iaitu ‘mundur’ dari perbuatan menyesatkan manusia. Sebagaimana firman-Nya:
16:99
“Sesungguhnya syaitan itu tidak mempunyai kuasa ke atas orang-orang yang beriman dan bertawakkal kepada Tuhan (Rabb)-nya.” (An-Nahl: 99)
.
.

ٱلَّذِى يُوَسۡوِسُ فِى صُدُورِ ٱلنَّاسِ

5. Yang membisik (kejahatan) ke dalam dada manusia.
.
Syaitan selalu berupaya menghembuskan bisikan dan perasaan was-was kepada manusia. Mereka menghiasi kebatilan sedemikian indah dan menarik serta mengubah kebenaran dengan segala yang buruk sehingga seakan-akan yang batil itu nampak benar dan yang benar itu nampak batil.
.
Perangai syaitan ini telah bermula sejak dari  zaman Nabi Adam dan isterinya, Hawa lagi. Sebagaimana dalam firman-Nya:
7:20
“Maka syaitan membisikkan fikiran jahat kepada keduanya untuk menampakkan kepada keduanya apa yang tertutup dari mereka iaitu auratnya yang (sekian lama) tertutup dari (pandangan) mereka, dan syaitan berkata: “Tuhan-mu tidak melarang untuk mendekati pokok ini, melainkan supaya kamu berdua tidak menjadi malaikat atau tidak menjadi orang-orang yang kekal (selama-lamanya di dalam al jannah / syurga)”.” (Al A’raf: 20)
.
Begitu juga kisah, ketika Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam sedang beri’tikaf. Shafiyyah bintu Huyay (salah seorang isteri Baginda shalallahu ‘alaihi wasallam) mengunjunginya pada malam hari. Setelah berbincang beberapa ketika, maka Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam menghantarkannya pulang ke kediamannya. Namun perjalanan kedua-duanya dilihat oleh dua orang Al Ansar. Kemudian syaitan menghembuskan ke dalam hati kedua-duanya perasaan was-was (curiga).
Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam melihat gelagat yang kurang baik dari kedua-duanya. Oleh kerana itu Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam mengejarnya, seraya bersabda:

على رسلكما, إنها صفية بنت حيي فقالا: سبحان الله يارسول الله. فقال: إن الشيطان يجري من ابن آدم مجرى الدم, وإني خشيت أن يقذف في قلوبكماشيئا, أوشرا.

“Tenanglah kamu berdua, dia adalah Shafiyyah bintu Huyay. Mereka berdua berkata: “Maha Suci Allah wahai Rasulullah. Maka Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya syaitan mengalir di tubuh bani Adam sesuai dengan aliran darah, dan aku pula bimbang dihembuskan kepada kamu sesuatu atau keburukan.” (HR Muslim no. 2175)
.
Demikianlah watak syaitan selalu menghembuskan bisikan-bisikan jahat ke dalam hati manusia. Apalagi Allah SWT dengan segala hikmah-Nya telah mencipta ‘pendamping’ (dari kalangan jin) bagi setiap manusia, bahkan Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam juga ada pendampingnya.
Dari Abdullah bin Mas’ud r.a kata Rasulullah SAW bersabda:

ما منكم من أحد إلا قد وكل به قرينه من الجن, قالوا: وإياك يارسول الله? قال: وإياي, إلا أن الله أعانني عليه فأسلم, فلا يأمرني إلابخير.

“Tiada seorangpun di antara kamu kecuali diberikan seorang ‘qarin’  (pendamping) dari kalangan jin.”  Para sahabat bertanya:  “Termasuk Tuan juga ya Rasulullah?” Jawab Baginda:  “Ya. Aku juga. Tetapi Allah telah melindungiku dari godaannya sehingga akhirnya dia masuk Islam (menyerah). Maka itu dia tidak pernah menyuruhku  melainkan kepada kebaikan.”  (Hadis Riwayat Muslim:2814).
 .
.

مِنَ ٱلۡجِنَّةِ وَٱلنَّاسِ

6. Iaitu dari (golongan) jin dan manusia.
.
Seterusnya, Allah mengingatkan kita bahawa yang melakukan bisikan ke dalam dada manusia tidak hanya dari golongan jin, bahkan di kalangan manusia pun boleh berperanan sebagai syaitan. Iaitu manusia yang zalim pada manusia lain, pengumpat dan pemfitnah yang tidak pernah kenyang memamah daging saudara sendiri serta mereka yang tenggelam dalam nafsu seranah.
.
“Kaldai Nabi SAW telah terjatuh, lalu aku mengatakan, “celakalah syaitan” Lalu Nabi bersabda, “Janganlah kamu katakan ‘celakalah syaitan’ sebab jika kamu mengatakannya maka syaitan akan menjadi semakin besar tubuhnya dan mengatakan, ’Dengan kekuatanku, aku akan mengalahkannya.’ Namun, apabila kamu mengatakan ‘bismillah’, maka dia akan mengecil sehingga menjadi sekecil lalat.”   (HR. Ahmad)
.
Hal ini juga dipertegaskan Allah SWT  dalam Firman-Nya :
6:112
“Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh dari jenis syaitan-syaitan manusia dan jin, sebahagian mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain perkataan-perkataan yang indah-indah untuk menipu (manusia), dan jika Tuhanmu menghendaki, tentulah mereka tidak melakukannya. oleh itu, biarkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan (dari perbuatan yang kufur dan dusta) itu.” (Surah al-An’am ayat 112)
.
Firman Allah SWT :
4:76
“Orang-orang yang beriman berperang di jalan Allah, dan orang-orang yang kafir pula berperang pada jalan Taghut (syaitan). oleh sebab itu, perangilah pengikut-pengikut syaitan itu. Sesungguhnya tipu daya syaitan itu adalah lemah.” (Surah an-Nisa ayat 76)
Ayat di atas menerangkan bahawa  syaitan yang dimaksudkan di dalam ayat ini ialah dari jenis jin kerana Allah SWT menyebutkan kalimah thaghut. Berdasarkan ayat atas, ditunjukkan bahawa tipu daya syaitan dari jenis jin tidaklah terlalu kuat berbanding tipu daya yang dilakukan oleh syaitan jenis manusia.
.
Maka salah satu jalan keluar dari bisikan dan godaan syaitan baik dari kalangan jin dan manusia adalah sebagaimana firman Allah SWT:
41:36
“Dan jika syaitan mengganggumu dengan sesuatu hasutan, maka mohonlah perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya Dia lah Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.”  (Al-Fushshilat: 36)
.
.

Penutup

Maka sudah sepatutnya bagi kita selalu memohon pertolongan dan perlindungan hanya kepada Allah SWT semata-mata. Mengakui bahawa sesungguhnya seluruh makhluk berada di bawah tatacara dan kuasa-Nya. Semua kejadian ini terjadi atas kehendak-Nya. Dan tiada yang boleh memberikan pertolongan dan menolak mudarat kecuali atas kehendak-Nya pula.
Semoga Allah SWT menjadikan kita sebagai hamba-hamba-Nya yang sentiasa meminta pertolongan, perlindungan dan mengikhlaskan seluruh ibadah hanya kepada-Nya.
.
.

والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam bishowab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
dicopy dari: http://shafiqolbu.wordpress.com/2012/01/22/tafsir-surah-an-nas/#comment-4261

~cukuplah hanya Allah dalam hidupku~



Friday, 14 December 2012

SeRAnGaN aQIdaH

Dengan nama Allah yang Maha Melihat...

Alhamdulillah!atas izinnya ana dapat menghadiri satu program "Serangan Aqidah" yang
membentangkan tentang pelbagai serangan dari segi pemikiran dan juga aqidah umat Islam masa kini.
Sedikit perkongsian mengenai intipati yang diperolehi:

Penyakit umat Islam masa kini:
A-Angkuh
I-Iri hati                                        Punca kepada penyakit ini ialah:
D-dengki                                             SELF DENIED!
S-Sombong

UBAT : kenali diri, ketahui siapa kita di dunia ini-hamba dan Khalifah
             - hilangkan penyakit AIDS dalam hati

Penyakit ke-2:
S-Sekularisme
I
P-Pluralisme
L-liberalisme
I
S

SEKULARISME-gerakan yang mencuba untuk memisahkan agama dari kehidupan
    Prinsip : 1)Pisahkan politik dai agama
                 2) Pisahkan nilai dari ketuhanan
                 3) Semua persekitaran dijauhkan dari dikaitkan dengan ketuhanan
* Fahami ayat Al-quran adalah Fardu Ain
Syed Qutb: Orang yang duduk dalam perlindungan Al-Quran ibarat duduk di atas bukit

PLURALISME- menyamartakan semua agama


  * Yang perlu difikirkan adalah mengenai hak Allah yang perlu dilunaskan
  * Senjata umat Islam : BERTAQWA---------> Takut kepada Allah
  * kaji agama kita, kaji ISLAM!
        -sebelum mengkaji teori2 barat dalam pelajaran di kuliah, kajilah dahulu ayat-ayat cinta Nya iaitu Al-quran kerna punca segala ilmu adalah dari Al-Quran...allahua'lam....

~cukuplah hanya Allah dalam hidupku~