Pages

Wednesday, 20 June 2012

CiNta kItA...cInTa PerJuaNgaN

Dengan Nama Allah kalam ini dimulai....



Enti menangis..?”


“Untuk apa ana menangis, bukankah akh selalu pesan, jangan menangis kerana manusia.”


“Habis, mata enti berair?”


“Mata ana masuk habuk. Kebelakangan ni, selalu sangat mata ana ni berair.” Aku tersenyum.


Alasan ni dah lapuk sebenarnya, seingat aku semasa aku berumur 7 tahun, aku sudah tidak percaya alasan ‘masuk habuk’ yang menyebabkan mata seseorang berair. Filem-filem Melayu yang mengajar aku.


“Ana tahu enti menangis..”


“Tidak…!! Tak faham-faham ke?!” Dia tiba-tiba membentak.


“Oklah.. oklah.. mata enti masuk habuk. Ginilah, kapal terbang akan bertolak besok pukul 7.00 petang. Kalau enti nak hantar pun hantarlah. Kalau tak nak pun, kapal terbang tu tetap akan bertolak. Ana pergi cuma 2 tahun, tak lama..”



“Insya-Allah ana akan hantar. Tapi kalau ana tak hantar pun, ana harap akh tidak kecil hati. Ana takut berlalu fitnah. Maklumlah, kita bukannya diikat dengan ikatan yang sah lagi. Sekadar pertunangan…”


“Pertunangan bukannya ikatan yang sahkah..?”


“Bukan itu maksud ana, namun setidak-tidaknya ia kan boleh putus bila-bila masa sahaja. Sekali dihempas ombak, sekali pantai berubah..”


“Pantai berubah kerana ombaklah tunangnya. Cuba jika bulan menjadi gerhana, atau matahari hilang sinarnya, berubahkah pantai?” Aku berfalsafah. Dan memang dia akan selalu kalah kalau beradu bahasa denganku. Temannya yang sering dibawa apabila berjumpa denganku tergelak kecil. Satu sokongan moral untukku.


“Akh punya pasallah. Ana nak pergi. Jumpa lagi besok. Assalamualaikum..” Aku tidak menjawab salamnya. Bukankah menjawab salam dari seorang wanita yang bukan mahram hukumnya makruh?




*******


“Ana tak setuju dengan pandangan ustaz!!” Seorang muslimah bangun membentak. Aii.. ada juga yang berani rupanya.


“Bukankah demokrasi telah lama memperdayakan kita? Adakah Rasulullah SAW berjuang untuk mendapatkan kuasa baru dilaksanakan syariah seperti yang terdapat dalam hukum demokrasi..?” Dia berhenti seketika. Mengambil nafas rasanya. Ini baru kali pertama aku melihat dia bangun berucap di khalayak.


“Kalaulah demokrasi boleh gagal di Turki, boleh gagal di Algeria, kenapa tidak di negara kita? Ustaz bercakap terlalu yakin dengan demokrasi. Di mana pula komitmen ustaz terhadap pembinaan tanzim seperti yang diajar oleh Hassan Al-Banna dan Syed Qutb?”


Suasana semakin bising. Apabila seorang pembentang kertas kerja seperti aku ditentang di khalayak ramai, ia satu kejanggalan yang ketara. Sekalipun Dewan Badar ini sudah cukup sejuk, namun ia tetap ‘hangat’ pada malam ini.


“Ana rasa ustazah sudah silap faham terhadap pandangan ana. Ana cuma ingin menyatakan, kadang-kadang demokrasi boleh digunakan untuk mendapatkan kuasa selagi mana diizinkan. Ciri demokrasi yang paling ketara ialah pemilihan pemimpin melelaui majoriti. Bukankah Abu Bakar sendiri dipilih melalui majoriti dan bai’ah? Bezanya, bai’ah dahulu dengan tangan, manakala sekarang dengan menggunakan kertas undi. Yang penting, kerelaaan!”


“Baiklah. Cuma ana ingin bertanya, adakah ustaz berpandangan bahawa demokrasi ialah satu-satunya cara untuk memastikan kedaulatan Islam di bumi kita?”


“Hmmm.. sehingga sekarang, ya. Kita masih boleh bergerak bebas, gunakanlah ruang yang ada sekadar yang termampu.”


“Maaflah ustaz. Ana tidak mampu untuk bersetuju dengan pandangan ustaz.” Dia menamatkan ‘soalannya’ lalu mengambil tempatnya kembali. Aku terkasima sendirian.………


“Kau kenal dia Abdullah?” Aku memulakan pertanyaan yang sekian lama tertanam di dalam benakku. Abdullah berhenti menyuap nasi, memaku matanya ke wajahku. Sekarang aku nekad, sekurang-kurangnya aku harus mengenali orang yang begitu berani menongkah pendapatku di tengah khalayak.


Suasana di restoran sup tulang yang biasanya sibuk dengan pelanggan malam ini nampaknya begitu lengang seolah-olah memberikan ruang yang cukup untukku berbicara dari hati ke hati dengan Abdullah.


“Ini kali pertama kau bertanyakan soalan kepadaku tentang perempuan. Hai, sudah kau jualkah prinsip kau selama ini. Kau kan tak mahu menjadi hamba cinta?!”


Memang hebat Abdullah kalau diberikan peluang untuk menyindir. Mungkin dia terlupa bahawa dia hanya menumpang keretaku untuk datang ke sini atau dia sudah bersedia untuk balik dengan hanya berjalan kaki.


“Jawab soalan aku dulu..”


“Rupa-rupanya, manusia berhati batu macam kau pun tahu erti cinta…” Abdullah belum puas lagi menyindir nampaknya.


“Jawab soalan aku dulu..” Aku memohon untuk kali kedua.


“Baiklah Muhammad, aku tahu sejak malam tu kau sebenarnya ingin mengenali dia. Orang seperti kau ni Muhammad hanya akan ‘kalah’ dengan kaum yang spesis dengan kau saja. Maksud aku, yang boleh diajak berbincang tentang perkara-perkara yang kau minati yang kebanyakannya adalah membosankan!”


“Jawab soalan aku dulu..” Aku ulangi permintaanku untuk kali seterusnya.


“Ok.. dia, namanya kau sudah tahu. Seorang yang pendiam dan suka menulis. Menurut kakakku yang sebilik dengannya, dia ni sering bangun awal. Sebelum pukul 5 sudah di atas tikar sejadah. Bukan macam…"


“Aku? Hai.. kau ni silap tuju. Kau yang bangun lewat Abdullah.. ok, teruskan.”


“Kalau kat asrama, dia ni suka baca Al-Quran, tak suka bersembang kosong, tak suka jalan-jalan dan banyak lagi yang dia tak suka..” Abdullah dengan selamba menceritakan segala-galanya.


‘Lagi.. negatifnya?”


“Negatifnya.. banyak..” Abdullah tersenyum sejenak. Lalu menyambung,


“Negatifnya.. pelajaran dia agak sederhana. Tapi bagi aku, itu tidak menjadi masalah. Cuma.. aku tak pasti adakah kau akan setuju dengannya jika aku menyatakan sesuatu.”


“Apa dia..? Negatifkah?”


“Tidaklah negatif sangat, namun bertentang dengan aliranmu. Dia terlibat dengan satu pergerakan… rahsia! Maksud aku, pergerakan yang memperjuangkan sesuatu yang tidak selari dengan undang-undang demokrasi.”“Gerakan militankah?”


“Mungkin, namun aku tak pasti. Sebab aktiviti mereka terlalu rahsia. Kau mungkin maklum, manhaj mereka berasaskan semangat ‘hazar’ yang dididik oleh gerakan Ikhwanul-Muslimin. Ketaatan mereka kepada amir mereka melebihi ketaatan mereka kepada sesiapa saja.. termasuklah ibubapa mereka sendiri!!”


“Sampai begitu sekali.. matlamat mereka?”


“Sama macam kau, memperjuangkan Islam! Tapi mereka lebih praktikal. Mereka dilatih dengan marhalah-marhalah tarbiyyah mereka sendiri. Dan mereka menyintai syahid. Tidak macam kita rasanya, kita bercakap tentang Islam, tapi kita berehat lebih banyak dari bekerja! Dan kau jangan terkejut kalau mereka sebenarnya mempunyai hunungan dengan rangkaian peringkat nasional malah antarabangsa termasuk gerakan Hamas dan Briged Aqsa di Palestin!


“Kalaulah.. aku memilihnya menjadi teman hidupku, adakah ketaatannya kepada jemaahnya melebihi ketaatan kepadaku sebagai suami?” Aku mengutarakan soalan bonus untuk Abdullah.


“Aku pasti, dia akan memenuhi tanggungjawab sebagai isteri dan ibu. Namun kalau kau harap dia akan memecahkan rahsia gerakannya dan menderhakai bai’ahnya kepada jemaah, lebih baik kau bercinta dengan bulan sahaja!”…


Aku tidak tahu kenapa aku harus memilih dia. Dia bukanlah yang tercantik di bumi ini. Aku pasti. Tidak juga yang terkaya. Jauh sekali dari yang terbijak di dalam pelajaran. Namun aku yakin, dia yang terbaik untukku. Ciri-ciri muslimah sejati terserlah ketara pada dirinya yang membuatkan diriku terasa tenang sekali apabila memandangnya. Langkahnya yang teratur dan pandangannya yang dijaga adalah benih-benih keimanan yang terserlah dari hati yang dididik dengan ketaqwaan. Tapi persoalan yang dibangkitkan oleh Abdullah membuatkan aku termenung sejenak. Bolehkah aku hidup dengan orang yang berlainan aliran perjuangannya denganku. Bahagiakah aku?


******


“Ustaz sudah fikirkan masak-masak..?”


“Bukan setakat masak, ana rasa sudahpun rentung. Cuma bagi pihak ustazah, adakah ustazah setuju menerima ana. Maksud ana, dengan segala kekurangan yang ana miliki.


“Ustaz orang famous. Siapalah ana. Ana rasa tak layak sebenarnya.” Dia merendahkan diri namun dalam intonasi suara yang masih terkawal.


“Ini bukan soal famous atau tidak. Sekurang-kurangnya, sebelum ana ke bumi ambiya’ ana sudah mempunyai ‘ikatan’ di sini. Dan ana memilih ustazah yang ana yakini boleh menjadi ibu kepada anak-anak ana nanti.” Aku berterus-terang. Dari mana datangnya kekuatan untuk berbuat demikianpun aku tidak tahu.


“Ustaz tidak main-mainkan ana?”


“Hanya orang yang tidak ada perasaan sahaja yang sanggup main-mainkan perasaan orang lain.”


“Jemputlah ke rumah, jumpa dengan ibu ayah ana..” Dia terus mematikan talian telefon. Pantas dan cepat. Kak Yang yang aku tugaskan untuk menjadi ‘perisik’ku memang sudah memberikan amaran kepadaku, orang ini jarang sekali bergayut di telefon apatah lagi dengan lelaki bukan mahramnya...


******


Sudah lima bulan aku di bumi ambiya’, suasana pembelajaran di sini jauh lebih mencabar dari yang kuperolehi di bumi Malaysia. Benarlah kata orang, bumi ambiya’ ini mengajar kita berdikari. Hilang seketika soal cinta dari benak fikiranku. Namun kekadang bayangannya tetap mendatangi ruang mata terutama ketika aku merebahkan badan. Namun seperti yang sering kutegaskan padanya..


“Mungkin cinta ana pada enti sudah cukup besar, namun cinta ana pada ilmu dan juga kepada Allah jauh lebih besar..” dan dia akan terus menyambung,


“Mungkin ketaatan ana pada akh cukup dituntut, namun ketaatan ana pada perjuangan dan jemaah lebih-lebih lagi dituntut..”


Dan biasanya aku akan ‘cemburu’ dengan kata-katanya. Namun akan terus kubisikkan kepada diriku, bukankah dia taat kepada perjuangan dan kenapa aku harus cemburu. Dia juga berjuang dan perjuangannya juga kerana Allah. Cuma, apa yang menjadi rahsia ialah langkah-langkah pergerakannya yang sehingga kini masih menjadi misteri bagiku.


Hari itu, selepas menadah kitab Al-Umm dengan seorang senior di Rumah Melayu, aku bergegas ke Ciber CafĂ© yang menjadi rumah ‘kedua’ku. Ku buka laman web Utusan Online, satu tajuk berita yang cukup menarik perhatianku,


“SEORANG WANITA MALAYSIA TERLIBAT DALAM SERANGAN BERANI MATI DI TEL AVIV’


Ku tinggalkan seketika pelayar web tersebut apabila satu lagi pelayar web menunjukkan mesej :“you have 1 unread message’ namun jangkaanku meleset apabila inboxku hanya dihiasi dengan e-mail dari Abdullah dan bukan dari si dia yang kunanti-nantikan.


“Muhammad, kau apa khabar? Muhammad, aku ada satu khabar penting. Aku harap kau tidak terkejut. ‘Dia’ yang kau amanahkan padaku untuk ‘tengok-tengok’ telah diperintahkan bersama-sama kawan-kawannya untuk ke Palestin membantu Gerakan Briged Aqsa melakukan serangan istisyhadiah ke atas Israel. Ini kerana rakyat Malaysia yang memasuki Israel tidak akan disyaki apa-apa kerana dianggap sebagai pelancong. Muhammad, kau lihat tajuk berita hari ini, wanita yang terkorban dalam serangan istisyadiah itu ialah ‘dia’, tunang kau yang kau perintahkan untukku menjaganya. Maafkan aku Muhammad..!!”


Serta merta ku teringat panggilan telefon darinya beberapa hari yang lepas,


“Akh, kalaupun cinta kita tidak bertaut di dunia, biarlah ia bertaut di syurga. Kerana cinta kita ialah cinta perjuangan..!!”


Seterusnya, aku rebah dari kerusi dan kudapati alam di sekelilingku gelap gelita!


-TAMAT-







Pengarang cerpen ini sedang bermukim di http://www.ahmadfadhli.com/



~cukuplah Allah yang menjadi matlamat hidup ini~

Sunday, 10 June 2012

ExAM feVeR~

Dengan Nama Allah Yang Maha Tinggi dengan sifat kesempurnaanNya~

Exam fever~~
ya, nampaknya itulah yang sedang dihadapi oleh
para mahasiswa dan mahasiswi yang dalam
usaha menyambung pengajian di peringkat ijazah...

melangkah ke mana saja
pasti tidak lekang dengn buku di tangan,
masing2 cuba sedaya upaya
dengan past year nya, dgn nota nya,
dgn soalan spot nya,
namun janganlah dilupakan,
tanggungjawab kita yg lebih besar,
iaitu sbg hamba dan khalifah di bumiNya ini,
yang mana status tersebut tidak akan
hilang dalam diri setiap manusia...
mengapa hamba?
mengapa khalifah?
ya, kerana hamba tidak akan pernah meminta cuti
dari Tuhannya, iaini Allah yang Maha Esa...
dan kerana khalifah itu, adalah pengganti
yang mewarisi unutk memakmurkan bumiNya ini.....

subhanaAllah!
status yang hebat yang Allah berikan untuk makhluk
yang amat Dia sayangi~

dan ingatlah,
exam yang sedang kita hadapi kini
hanyalah exam di atas dunia,
yang mana kita sebenarnya akan
menghadapi "exam" yg lebih hebat pada satu hari
yang kita sndiri pun tiada tahu akan terjadinya,
dan apa yang kita sedang hadapi di atas muka bumi ini,
adalah usaha kita untuk mengumpul "coursework"
yang mana markah akhirnya akan diteliti oleh Yang Maha Adil,
malah penghakiman dan pemeriksaan
di saat itu sangatlah teliti!
kerana Allah adalah sebaik-baik Peneliti~

Moga dalam usaha untuk terus pecut hingga ke saat akhir ini,
tidak dilupakan 'coursework' yang akan kita bawa menuju
dunia akhirat yang kekal abadi(^_^)

p/s-cukuplah Allah dlm hidupku~

Thursday, 31 May 2012

teRjEmaHan qUnUt nAZilAH

Dengan Nama Allah Yang Maha Penyanyang~
Qunut nazilah:
Ya Allah, Sesungguhnya kami
letakkan Engkau dibatang leher
musuh-musuh kami!
Dan Kami berlindung denganMu
dari kejahatan mereka
Ya Allah, hancur leburkanlah
kumpulan-kumpulan mereka,
kacau bilaukan persatuan
mereka!
Cerai-beraikan pakatan mereka!
Goncangkan pendirian mereka!
Hantarkan Ya Allah, anjing anjing
ke atas mereka!
Wahai Tuhan Yang Gagah
Perkasa!
Wahai Tuhan Yang Penuh
Raksaka!
Wahai Tuhan Yang Bersifat
Murka!
Ya Allah! Wahai Tuhan yang
menurunkan KITAB!
Wahai Tuhan yang mengerakkan
awan!
Wahai Tuhan yang menewaskan
Bala Tentera Ahzab
Kalah Mereka,.......
Menangkanlah Kami..... ke atas
mereka....
Ammenn...Allahuakbar!
moga kemenangan milik para mujahid dan mujahidah Mu ya Allah!



jom sama-sama amalkan...salah satu usaha untuk membantu saudara-saudara kita di palestin dan syria terutamanya sekali....


p/s-cukuplah Allah.....berilah kekuatan kepada mereka Ya Rahman!

KAlau bEnAR cINta

Dengan Nama Allah, ana menulis,

menarik ana tgk pic nie...yang ana jumpa di langit illahi......
yup....kalau benar cinta,
pasti mahukan cinta itu tulus suci kerana Illahi,
kalau benar cinta,
pasti mahukan
cinta itu kekal hingga ke syurgaNya,
kalau benar cinta,
psti mahukan pasangan kita terpelihara dari
dosa-dosa yang dimurkaiNya...

jadi para muslimah!
jagalah diri,
dan hiasi peribadi....
pertahankanlah cinta hakiki
hanya kepadaNya...
insyaAllah pasti di situ enti temui
kemanisan cinta yang sejati....
Cintailah Allah setulusnya,
pasti kau temui cinta insan-insan yg mencintaiNya~
Allahuakbar!

p/s-cukuplah hanya Dia dalam setiap hela nafasku....SubhanaAllah!

pic source:http://langitilahi.com/8775

Saturday, 12 May 2012

muHasABaH dIRi yANg dhAiF...

Dengan nama Allah yang sempurna...
yang telah menanamkan keimanan dan rasa kecintaan ke
dalam hati hambaMu ini,
 Dengan namaMu ana hidup.....
renungilah,
apa yang sudah kita lakukan waktu sebentar tadi,
adakah waktu-waktu yang berlalu itu,
yaini waktu amanah dariNya,
telah kita gunakan dengan sebaiknya?
ataukah waktu itu berlalu begitu sahaja?
jadi bagaimanakah mungkin,
diri yang kerdil lagi hina ingin,
akan menjawab setiap persoalan dariNya,
ketika di akhirat kelak?
iaitu saat yang ditunggu-tunggu untuk bertemu denganNya??
bagaimana diri ini ingin menghadapNya?
apakah pandanganNya kepada hamba yang kerdil ini?
astaghfirullah....
beristighfarlah....
selagi nyawa masih lagi menjadi milik jasad ini,
gunakanlah setiap detik yang berlalu dengan sebijaknya,
moga setiap denyut nadi itu seiring dengan alunan zikir yang basah di hati,
moga setiap hembusan nafas itu, seiring dengan indahnya asma Allah yang indah dari
bibir yang merindui mengalunkan lafaz rindu kepadaNya,
dari jiwa yang rindu untuk "berdua-duaan" denganNya,
dari roh yang sentiasa inginkan syahid di jalanNya....

Ya Allah,
bantulah hambaMu yang hina ini,
dalam meniti hari-hari yang mendatang,
moga Engkau sentiasa bersama dalam setiap
derapan kaki ini menuju ke MARDHATILLAH Mu,
semoga esok hari, masih lagi menjadi milik hambaMu yang hina ini.....

p/s-rindu Allah~

~cukuplah hanya Allah dalam setiap nafasku~

Monday, 30 April 2012

BukAn niAtku by Devotees

Hayati bait-bait lirik dalm lagu ini...
rasai dan hayatilah dgn mata hati~
moga di situ mengalir rindu dari jiwa-jiwa yang merindui syurgaNya....



Berjanji ku
Disuatu ketika
Bahwa aku takkan menduakanMu
Dan aku takkan biar sesiapa 
Cuba memalingku dari jalan bahgia
Ooo...

Ternyatalah perjalanan ini 
Tidak semudah yang ku tafsirkan 
Jalannya berliku
Turunnya berliku
Jika tersilap langkah
Menyesal sesal selamanya

Kasih andai cinta yg kusemai
Rapuh menanti ditewas dugaan
Maafkan aku
Kiranya tak tertanggung
Segala harapan yang diberikan
Maafkan aku
Yang tiada berdaya
Kerna bukan niatku untuk melakukannya

Kasih andai cinta yg kusemai
Rapuh menanti ditewas dugaan
Maafkan aku
Kiranya tak tertanggung
Segala harapan yang diberikan
Mungkinkan ada pengampunan dariMu
Kembalikan fitrah kehambaanku
Hinanya aku
Merayu kepadaMu
Setelah kering dosa yang kulakukan
Maafkan aku
Yang tiada berdaya
Kerna bukan niatku untuk melakukannya

Tuesday, 3 April 2012

uSiA di buMi Nya ini.....

Dengan Nama Dia Tuhan Pemilik seluruh Alam...

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah,,,
seinfinitinya dirafakkan hanya kepada Dia yang Esa...
Tuhan yang masih mengizinkan ana bernafas di atas muka bumiNya,
Tuhan yang masih sudi meminjamkan ana dengan berbagai-bagai nikmat yang
cukup indah,
Tuhan yang penuh dengan sifat-sifat kesempurnaan!

Allah, Allah, Allah,
terima kasih atas segalanya,
kerna masih mengiziknan ana untuk
menapak dan melangkah,
mengutip galian-galian ilmu di atas muka bumi,
menghayun derap-derap langkah
sebagai hamba Mu yang berusia 20 tahun ini,....

alhamdulillah!
beberapa hari yang lalu usia ana sudah melangkau
ke angka 20 atas izinNya.....
mengikut tarikh dalam bulan masihi....
ya, 20 tahun.....
bermakna........
20 tahun sudah ana hidup di atas muka bumiNya,
20 tahun ana meminjam segala-galanya yang ana miliki ini dari Nya,
20 tahun ana menggunakan nikmat yang Allah berikan dengan percuma,
20 tahun ana bernafas, berjalan, makan dan barcakap, melihat, berfikir, mendengar dan melakukan kerja dengan hidung, mulut, mata, akal, telinga pemberianNya,
Ya Allah!sungguh banyak nikmat Mu,
sungguh tak ternilai sekali...
namun
adakah dalam 20 tahun ana sudah sungguh beribadat kepadaNya?
sudahkah bertambah keimanan ana kepadaNya?
sudah bertambahkah kualiti ibadat ana kepadaNya?
atau hari-hari yang berlalu ini seiring dengan dosa-dosa yang dilakukan....
astaghfirullah.......

teringat ana atas pesanan seorang teman yang sangat ana rindui,
kerna sudah bertahun tidak mempunyai peluang untuk bertemu dengannya,
" sanah helwah ukhtiku sayang~ teringat kata2 imam ghazali, 'aku xpernah sedih bila matahari terbenam,tapi aku akan sedih bilamana umurku meningkat tapi amalku xbertambah' moga kite dapat mencontohi beliau.insyaAllah =) ♥"


alhamdulillah,
terima kasih Ya Allah, mengurniakan diri ana
sahabat2 yang berusaha mencari MardhatillahMu......
insyaAllah...moga dengan peningkatan umur ana ini
makin mematangkan ana untuk membuat pilihan dalam kehidupan ini,
kerana hakikat sebuah kehidupan adlah sebuah pilihan yang harus kita pilih,
yang terletak dlam tangan kita sendiri untuk memilihnya....


moga "usia ana di bumiNya ini" dirahmati dan diredhaiNya sentiasa....
insyaAllah....




~cukuplah hanya Allah dalam hidupku~