Pages

Monday, 6 January 2014

Baitul Muslim vs Baitul Haraki

"Abang Hakim, Baitul Muslim impian saya ialah saya dan isteri mampu bangun bersama qiamulaill dan kami saling tadarus quran bersama-sama" kata seorang peserta.

"Ana pula mahukan baitul muslim yang mana suami ana bersedia kemas rumah sama-sama, masak sama-sama dan makan setalam sama-sama" jawab seorang akhawat malu-malu.

"Ana nak bawa isteri ana pergi program jemaah. Itulah baitul muslim impian ana" jawab seorang lagi.

Ana tersenyum mendengar jawapan mereka. Sesi baitul muslim tengahari hari itu sungguh segar dan menyenangkan. Semua peserta bersungguh memberi jawapan apabila ditanyakan baitul muslim bagaimana yang mereka impikan. Semenjak berkahwin, sudah banyak jemputan seperti ini dipenuhi.

Mata dilirik melihat zaujah tercinta yang duduk bersimpuh disebelah. Terasa kembali bersemangat untuk meneruskan sesi walaupun demam teruk , batuk dan selsema sejak beberapa hari. Dalam batuk kecil, ana memberikan jawapan.

"Jawapan antum itu benar.. cuma kurang tepat"

Para peserta yang sejak tadi tersenyum senyum terus berwajah serius. Diam memikirkan apa jawapan yang paling tepat.

"Cuba lihat maratibul amal. Selepas Fardu muslim datangnya Baitul Muslim. Dan apakah tahapan selepas Baitul Muslim" ana menyoal secara retorik untuk melihat reaksi para peserta.

"Mujtama' muslim" jawab mereka spontan dan serentak.

"Ya. Benar, Masyarakat Muslim. Dan bagaimanakah dengan aktiviti Baitul Muslim Impian anda seperti bangun sekali , makan sekali, berkebun sekali itu dapat merealisasikan matlamat membina sebuah masyarakat Islam yang Faham Islam dan seterusnya mengundi sebuah Negara yang bertunjangkan pemimpin yang faham Islam.

Para peserta semakin diam. Kelihatan masing-masing mula berfikir secara mendalam. Memang sengaja ana biarkan suasana awal pengisian tadi dalam keadaan ceria agar banyak lontaran idea dikeluarkan apatah lagi dalam topik yang menarik seperti baitul muslim ini.

"Justeru. bukanlah aktiviti berdua bersama pasangan yang harus menjadi impian baitul muslim anda sebenarnya. Tidak salah anda merancang untuk beribadah bersama-sama, hidupkan malam bersama-sama, baca quran bersama-sama... namun persoalannya, sejauh mana tindakan itu memberikan kesan kepada masyarakat sedangkan matlamat baitul muslim seharusnya selari dengan maratibul amal untuk melahirkan sebuah masyarakat islam?" panjang lebar ana bersyarah.

"Jadi, apa sebenarnya yang dikatakan baitul muslim impian itu? Boleh ustaz berikan contoh baitul muslim impian ustaz?" soal seorang peserta penuh minat.

Ana tersenyum mendengar soalan tersebut. Terkenang detik-detik liqa taaruf ana yang pertama dengan zaujah sebelum berkahwin di Masjid Salahuddin Al Ayubi , Gombak. Kini ana akan menyebutkan semula perkara yang telah ana katakan kepada zaujah ana pada waktu itu kepada hadirin... Baitul Muslim impian ana....

"Baitul Muslim impian ana adalah kami sama-sama sibuk mengendalikan program bukan sahaja di peringkat nasional , negeri dan kawasan... bahkan untuk kawasan kejiranan kami. Ana mahu adakan usrah untuk jiran tetangga. Pada sebelah Maghrib, ana mahu adakan kelas bacaan Quran percuma untuk anak-anak jiran. Jika ana dan zaujah sibuk dengan urusan Jemaah di luar kawasan, kami akan jadikan laman rumah kami untuk kelas tersebut dan mencari guru Al Quran yang terbaik agar anak-anak di taman kami celik Al Quran. Ana juga berhasrat untuk menjadi orang kuat Masjid di taman kami dan menghidupkan program program mendekatkan masjid dengan ahli masyarakat di taman dengan aktif. Ana mahu menganjurkan program anak muda seperti pertandingan bola di padang yang bersebelahan rumah agar dapat menyantuni generasi muda dengan akhlak rasul. Ana juga mahu menghidupkan cawangan jemaah di taman ana dan seterusnya menjadi sebuah taman perumahan yang subur dengan program program Islam. Hasilnya, seluruh penduduk taman bersatu atas dasar akidah Islam dan bila tiba masanya mengundi, semuanya akan keluar mengundi sebuah kerajaan Islam di Malaysia ini berkat kefahaman mendalam mereka." panjang lebar ana terangkan.

Kelihatan wajah para peserta bertukar menjadi cerah dan ceria. Mereka mengangguk-anggukkan kepala tanda faham apa yang ana sampaikan.

"Kalau begitu ana nak buat berzanji di rumah ana setiap minggu " sahut seorang peserta.

"Ana pulak nak buat kelas kemahiran komputer untuk remaja" jawab seorang lagi.

Ana tersenyum puas mendengar jawapan mereka.

"Ana pulak nak buat kelas memasak di rumah dan ajak semua jiran-jiran hadir " jawab seorang muslimat di hujung.

"Ish, nti ni.. asyik fikir makan aje!" usik rakannya di sebelah.

Ketawa kami berderai mengisi ruang tamu. Suasana sungguh ceria.

Alhamdulillah.. mereka sudah faham apa yang ana sampaikan. Sesungguhnya baitul muslim impian kita semua adalah sebuah rumah tangga yang PEDULI jiran tetangga, PEDULI soal masyarakat, PEDULI urusan masjid , PEDULI pembanggunan akhlak setempat dan PEDULI fikrah sekeliling. 

Ayuh upgrade baitul muslim itu menjadi baitul dakwah ! :)

BAITUL MUSLIM ----> BAITUL DAKWAH + BAITUL HARAKI

perkongsian dari: http://mujahadahfillah.blogspot.com/2013/05/baitul-muslim-vs-baitul-haraki.html

~cukuplah hanya Allah~

Wednesday, 1 January 2014

Lirik dan Makna "robbi kholaq antal amin"

Robbi kholaqtan nabin nuur, filihtirom, filihtirom, 
Nadaahu aqbil ya mukhtaar, antal amiin, antal amiin

Lam yartaqol baytal ma’muur, sholla imam, , 
sholla imamWa qod tamamir robbihii, bahil jaliil, bahil jaliil,

Nadaahu aqbil ya mukhtaar, antal amiin, antal amiin


Minkum taa;antan nabil huur, yawmaz zihaam, yawmaz zihaam,

Sholli ‘ala bahil anwaar, ‘aynil yaqiin, ‘aynil yaqiin,
Nadaahu aqbil ya mukhtaar, antal amiin, antal amiin

Terjemahan:
Ya Rabb, Engkau telah menciptakan seorang nabi dalam kedudukan yang muliaOrang memanggilnya, terimalah wahai Muhammad, engkaulah sang Amin


Orang tiada mampu memajukan Baitul makmur, sampai sholat ditegakkan oleh seorang imamDan telah sempurna dari Tuhannya, dengan Wajah Sang Manusia yang mulia,

Orang memanggilnya, terimalah wahai Muhammad, engkaulah sang Amin


Sebagian dari kamu akan didatangi nabi yang membawa kebebasan, di hari kiamat, 


Semoga sholawat tetap terpanjatkan kepada Muhammad yang membawa cahaya, sang mata air keyakinan,Orang memanggilnya, terimalah wahai Muhammad, engkaulah sang Amin

Thursday, 25 July 2013

Pertempuran Ain Jalut (Catatan Sebelum Bermula)

Dengan Nama Allah yang saturated dengan sifat-sifat kesempurnaan ^_^

Alhamdulillah, hari tu Allah izinkan untuk ana ketahui satu kisah perang yang cukup hebat yang berlaku dalam bulan Ramadhan, iaitu Peperangan Ain Jalut. Sungguh kagum bila mengetahui kisah ini. Moga perkongsian mengenai peperangan ini bermanfaat =)

Peperangan A'in Jalut pada 25 Ramadhan 658 hijriah ( 3 September 1260 ). Ianya hampir-hampir tidak dicatatkan oleh para sejarawan kerana kekangan pihak-pihak tertentu. Perang ini berlaku di hujung pemerintahan kerajaan Mongol di dunia islam pada akhir abad ke 13 masihi. Sebagai Umat Islam, kita memang telah tahu tentang tragedi serangan mongol ke atas dunia Islam yang telah membinasakan sama sekali kegemilangan, peradaban dan ketamadunan Islam ketika itu. Para ulama, sejarahwan yang masih hidup ketika serangan itu berlaku mencatatkan, hampir 18 juta umat Islam telah menjadi korban keganasan Mongol. Para ulama Islam ketika itu, hamper-hampir tidak sanggup untuk merakamkan semula peristiwa serangan yang langsung tidak berperikemanusiaan ini. Tidak pernah berlaku perkara sedasyat itu dalam mana-mana sejarah pun.

Apa yang pasti, kata-kata ketika melanggar kota Baghdad, wajar direnungi,

"aku adalah bala yang diturunkan tuhan ke atas muka bumi untuk menghukum kamu..."

Umat Islam ketika itu sedang berada di kemuncak kegemilangan tamadun. Baghdad adalah kota yang termoden di dunia. Ia adalah pusat ilmu, perdagangan dan sosial yang tiada tolok tandingannya. Barat ketika itu masih lagi dizaman kegelapan. Akan tetapi, lazimnya manusia apabila sudah terlalu mewah, mereka lupa akan Allah SWT. Ibadah solat mudah sekali ditinggalkan.

Sejarah mencatatkan ada di antara khalifah di Baghdad yang sanggup membatalkan solat Jumaat hanya semata-mata untuk menyambut hari kelahiran baginda. Arak menjadi minuman kaum bangsawan. Yang tinggal hanyalah para ulama yang tidak jemu-jemu berdakwah agar muslimin kembali ke pangkal jalan. Amaran mereka tentang azab Allah tidak diendahkan.

Selain itu, peperangan merebut takhta juga berlaku sesama negeri-negeri Islam. Khalifah di Baghdad, Al Muktasim ketika itu amat tidak senang dengan kerajaan Khwarizmi yang berpusat di Asia Tengah yang dipimpin oleh Sultan Muhammad Shah Al Khwarizmi. Perpaduan dan ukhwah umat muslimin amat rapuh dan bila-bila masa saja akan diganyang oleh yakjuj wa makjuj yang sedang berkumpul di padang rumput steppe di Rusia. Mongol mula menyerang kerajaan Khwarizmi disebabkan keangkuhan Sultan Muhammad menyiksa utusan Genghiz Khan yang datang untuk berbincang tentang perniagaan. Malangnya ketika serangan ini berlaku khalifah di Baghdad enggan membantu. Genghiz Khan amat marah dan mula merancang satu strategi perang.

Khabarnya beliau telah mengatur satu plan tindakan untuk menyerang dan menghancurkan dunia Islam dan ia akan mengambil masa selama 18 tahun. Ternyata pelan ini telah berjaya menepati sasarannya walaupun Genghiz Khan mati di pertengahan pelannya. Ia telah diteruskan oleh anak-cucunya. Umat islam yang sedang tenat itu dengan mudah ditewaskan. Khalifah telah dibunuh dengan kejam dengan bantuan pengkhianat ketika itu. Umat islam disembelih beramai-ramai hinggakan longgokan mayat setinggi bukit dan dikatakan di mana saja berjalan, akan terpijak pipi anak muda dan gadis. Kemuncak serangan ini ialah apabila mereka sudah hampir ke kota Madinah dan Mekah. Ketika itu kekuatan Islam sudah lumpuh sama sekali dan tidak ada apa yang dapat menghalang Mongol dari masuk ke kedua kota suci itu.

Allah SWT telah menetapkan kaum Mamluk sebagai pembela umat islam yang kemudiannya mempertahankan 2 kota suci muslimin. Demikianlah bila Allah memuliakan satu kaum. Kaum Mamluk asalnya adalah golongan hamba abdi yang berjaya merampas pemerintahan kerajaan Mesir. Mereka telah tidak dihormati lantaran status hamba abdi yang mereka miliki. Akan tetapi merekalah yang berjaya menewaskan tentera Mongol yang dikatakan tidak terkalah lagi. Tidak ada negara di dunia ketika itu yang sanggup berdepan dengan Mongol. Tentera Islam Mamluk dipimpin oleh Sultan Qutuz yang amat masyhur itu. Mereka bertembung dengan bala tentera Mongol yang amat besar dan jauh lebih berpengalaman di satu kawasan mata air yang dipanggil A'in Jalut. Inilah peperangan yang termashyur dalam sejarah Islam yang disimpan rapi oleh sejarah islam
Sedangkan kaum Mamluk adalah golongan hamba yang tidak berpengalaman langsung. Tapi itu bukan ukuran. Allah telah berfirman :

"Berapa banyak gerombolan yang kecil telah dapat menewaskan gerombolan yang besar dengan izin Allah?" .

Pengkhianatan Dan Kejatuhan Baghdad (1258M)

Keupayaan Mongol dan kejayaan mudah Mongol menghancurkan umat Islam, membunuh berjuta-juta jiwa umat Islam, mengambil alih Baghdad dan menguasai dua per tiga wilayah Islam  adalah akibat dari pengkhianatan yang dilakukan oleh Al-Alkami. Al-Alkami adalah menteri Khalifah Mu’ tasim Billah. Dia memperdaya Khalifah Mu’ tasim Billah supaya melakukan perjanjian damai dengan Mongol dan pada masa yang sama mengikat perjanjian rahsia dengan Mongol, menjanjikan pelepasan dari sebarang halangan semasa serangan dengan syarat Mongol melantiknya menjadi Khalifah dan membenarkannya mendirikan kerajaan sendiri di Baghdad.
Pengkhianatan ini membawa kepada kematian Mu’ tasim, pegawai-pegawai yang ikhlas serta ulama yang diutus untuk berunding. Al-Alkami sendiri akhirnya dibunuh oleh kaum Mongol dan perjanjian tidak member apa-apa makna.

Saifuddin Muzaffar Al-Qutuz

Saifuddin Muzaffar Al-Qutuz dilahirkan dalam kalangan keluarga beraja Mamluk Mesir. Baginda telah menaiki takhta kerajaan pada 1259 dan mangkat akibat dibunuh pada 24 Oktober 1260. Biarpun sejarah hidupnya tidak lama, namun kesannya amat bermakna kepada sejarah survival umat Islam.
Ketika ini, Saifuddin Muzaffar Al-Qutuz baru saja memegang takhta kerajaan Mamluk sejak bulan Januari 1260M dan keadaan kerajaan Mamluk adalah berada di dalam tidak stabil akibat pergeseran yang berlaku di antara dua puak Mamluk yang bertelagah iaitu Mamluk Bahriah dan Mamluk Mu'izziah. Namun krisis politik ini dapat diselesaikan oleh beliau.
Baginda mempunyai keperibadian yang baik dan sanggup berkorban demi permasalahan umat Islam. Diceritakan para sejarawan Islam bahawa baginda sanggup menggadai barang-barang istana baginda termasuk harta para pembesar Mamluk tanpa mengenakan cukai tambahan terhadap rakyatnya dalam usaha untuk mengumpul kewangan dalam persiapan menentang tentera Mongol.
Isteri beliau juga turut sama berjuang di medan pertempuran Ain Jalut & terkorban syahid.
Semasa sedang berperang, kuda yang dinaiki oleh baginda terbunuh, baginda lekas menuruninya dan berlari menentang musuh. Tentera bawahannya menawarkan kuda kepada baginda lalu lantas baginda menjawab,

“Saya tidak mahu menghalangimu untuk memberikan menfaat kepada orang Islam.”

Semangat jihadnya yang tinggi memberikan perangsang motivasi kepada para tenteranya untuk memburu syahid yang sentiasa dilaungkan oleh baginda.

Qutbuddin Al-Yunaini didalam Al-Bidayah Wan Nihayah (658H) mengatakan Qutuz sebelum menjadi raja pernah bermimpi, Rasulullah SAW mengatakan kepadanya bahawa dia akan menguasai Mesir dan akan menang dalam perang melawan Monggol.

Antara jasa baginda yang tercatat di dalam sejarah Islam ialah pasukan Islam berjaya menewaskan tentera Mongol pimpinan Kitbuqa didalam peperangan Ain Jalut. Ketika itu, seluruh kota Islam (Baghdad, Syria dan Asia Tengah) sudahpun ditakluki tentera Mongol. Hanya yang tinggal adalah 3 kota Islam iaitu Makkah, Madinah dan Mesir.

Keadaan Sebelum Peperangan Di Ain Jalut

Kejatuhan Kekhalifahan Abbasiyah di Baghdad bukan puncak penderitaan bagi umat Islam. Umat Islam semakin menderita dengan sikap sebahagian raja dan ulama yang sanggup menggadaikan agama semata-mata mendapatkan jaminan kehidupan dari Mongol. Sebahagian pemerintah dan raja sanggup menghulurkan tangan persahabatan dengan Mongol sedangkan jutaan darah umat Islam belum kering. Raja Mosul Badruddin Lu’ lu’, Raja Anadol Kaikawis II, Raja Damsyik An-Nasir Yusuf dan Raja Aleppo telah membuka laluan kepada Mongol tanpa peperangan. Ulama-ulama pada masa itu mengeluarkan fatwa, mengharuskan perjanjian damai dengan hujah-hujah yang mengelirukan.

Hanya raja Miyafarqin (Timur Turki), Al-Kamil Muhammad Al-Ayubi dalam daerah tersebut yang menegakkan jihad. Tapi kegilaan Mongol menewaskan Miyafarqin. Miyafarqin dikepung dan akhirnya ditewaskan. Kemuncaknya Mongol mengusai bumi Palestin.

Ketika itu Mesir berada dalam pergolakkan politik. Kerajaan Mamluk Bahiriah menguasai Mesir selama 144 tahun. Dalam tempoh tersebut Mesir diperintah oleh 29 orang sultan. 10 diantaranya mati dibunuh dan 12 diantaranya digulingkan. Ini menunjukkan kekuatan dan kekerasan adalah asas dalam kerajaan Mumluk.

Setelah penguasaan Mamluk Bahiriah, bangkit pula Mumluk  Muizziah atau Burji. Pemerintah awalnya adalah Raja Izzuddin Aibak. Baginda berhasil mengembalikan kestabilan politik di Mesir. Tetapi hanya 7 tahun. Keadaan kembali kacau bilau apabila baginda dibunuh dan diikuti pembunuhan isteri baginda, Syajarah Ad-Dur. Setelah itu silih berganti pemerintah Mesir hinggalah akhirnya diperintah oleh Saifuddin Qutuz.

Muzaffar Saifuddin Qutuz Menaiki Tahta

Qutuz menaiki tahta pada 24 Zulkaedah 657H. Sebelum baginda menaiki tahta, serangan pertama (617H), serangan kedua (628H) dan kejatuhan Baghdad (656H) telahpun berlaku.

Langkah Awal.

1) Mengembalikan Kesetabilan Dalaman Mesir

Baginda memanggil golongan pembesar, ulama, menteri dan golongan yang berpengaruh dalam masyarakat. Baginda berkata kepada mereka,

“Apa yang beta inginkan dalam jabatan ini hanyalah kita bersatu untuk melawan Mongol. Urusan ini tidak mampu diselesaikan tanpa Raja. Apabila kita berjaya keluar dari masalah ini dan mengalahkan Mongol, urusan ini terletak atas tangan kamu semua. Pilihlah siapa sahaja yang kamu kehendaki untuk menjadi pemerintah kamu”

Ucapan itu meredakan ketamakan sebahagian pembesar yang berniat untuk merampas tahta dari tangan Qutuz. Baginda memecat menteri Ibnu Al-A’az dan digantikan dengan Zainuddin Ya’kub bin Abdul Rafi’ yang diyakini kesetiaannya. Baginda mengekalkan Farisuddin Aqtai As-Saghir sebagai panglima tentera walaupun beliau adalah dari Mamluk Bahriah.

2) Memberi Pengampunan kepada Mumluk Bahriah

Qutuz Memberi Pengampunan kepada Mumluk Bahriah. Perselisihan yang terjadi berpunca dari pembunuhan Raja Izzuddin Aibak segera dihentikan oleh Qutuz. Mamluk Bahriah mempunyai pengalaman luas dalam peperangan. Diantaranya dalam Peperangan Mansurah, salah satu siri peperangan salib (648H). Pengampunan ini Berjaya memujuk mereka yang telah meninggalkan Mesir, kembali ke Mesir.

3) Penyatuan Kembali Mesir Dan Syam.

Raja Syam Nasir Al-Ayubi telah melakukan perjanjian damai dengan Mongol. Lebih dari itu Nasir Al-Ayubi meminta bantuan Mongol untuk menjatuhkan Mesir. Qutuz mengutus surat kepada Nasir Al-Ayubi meminta penyatuan Mesir dengan Syam dan sanggup duduk dibawah Nasir Ai-Ayubi. Malangnya surat itu langsung tidak diendahkan.
Apabila Damsyik dan Halab ditawan oleh Mongol, Nasir Al-Ayubi melarikan diri ke Karak dan tentera Syam bergerak ke Mesir dan bergabung dengan tentera Mumluk. Ini menambahkan lagi kekuatan kepada Mesir  dan memberikan semangat yang cukup kuat untuk berhadapan dengan Mongol.

Langkah-langkah awal ini dapat diselesaikan dalam masa tiga bulan sahaja selepas baginda menaiki tahta iaitu pada 658M.

Strategi Dan Perancangan Peperangan

Melalui risikan, Qutuz mendapat maklumat bahawa kekuatan tentera Mongol adalah berasaskan tentera berkuda ringkasnya yang mana mampu membuat serangan yang cepat dan pantas tanpa sempat memberi peluang kepada musuhnya untuk menyerang balas. Oleh itu, Sultan Qutuz memperlengkapkan tentera berkudanya dan dengan kelengkapan senjata-senjata berat (meriam genggam) yang mana fungsinya mampu menahan serangan pantas dan menyerap ketangkasan tentera berkuda Mongol.
Ketika peperangan di Ain Jalut, Sultan Qutuz menyembunyikan sebahagian besar tentera berkudanya di sebalik pokok-pokok di lembah Ain Jalut. Panglima Baibars ditugaskan mengetuai pasukan kecil untuk menahan gempuran tentera Mongol yang diketuai oleh Kitbuqa dan memancing kearah lembah sempit. Kemudiannya pasukan yang bersembunyi melakukan serangan balik dengan kekuatan penuh.

Motivasi Jihad dari dua tokoh ulama Al Az Abdus Salam dan Abil Hassan Asy Syazali yang menyumbangkan tenaga moral yang tinggi dalam bentuk pengukuhan aqidah. Kedua-dua ulama tersebut mengarahkan setiap perajurit membuat amal makruf dan meninggalkan kemungkaran, menggesa mereka bertaubat nasuha, membersihkan segala kekotoran jiwa dan menampakkanpahala syahid dijalan Allah serta meningkatkan moral dan keazaman tentera Mesir.

Menjelang Perang

Beberapa hari selepas kejatuhan Halap (Safar 658H), 4 orang utusan Hulagu Khan datang dan memberikan surat perutusan. Surat tersebut memperlekeh kekuatan tentera Islam dan memberikan kata dua, menyerah atau berperang.

Sebahagian dari pembesar merasa takut dan ingin menarik diri kerana persiapan Mesir pada ketika itu masih tidak seberapa jika dibandingkan dengan Mongol yang menguasai wilayah yang cukup luas (dari Korea hingga Poland hari ini). Qutuz mengumpul pembesar-pembesar dan panglima-panglima lalu berkata kepada mereka:

“Wahai pemimpin Muslimin! Kamu diberi gaji dari Baitul Mal, sedangkan kamu tidak mahu berperang. Sesiapa yang memilih untuk berjihad, temankanlah aku. Sesiapa yang tidak mahu berjihad, baliklah ke rumahnya. Allah akan memerhatikannya. Dosa kehormatan Muslimin yang dicabuli akan ditanggung oleh orang yang tidak turut berjihad.”

Jihad yang ketika itu adalah fardu. Kata-kata Qutuz member tamparan dan akhirnya mereka memilih untuk bersama Qutuz, Berjihad.

Belanjawan dan kewangan juga menjadi masalah pada ketika itu. Belanjawan yang besar diperlukan untuk memperbaiki banteng, jambatan, membeli senjata, peralatan perang dan bekalan makanan. Qutuz memanggil pembesar Negara lalu membuat mesyuarat. Pilihan yang ada adalah mengutip duit dari rakyat jelata dan perlu dilakukan dengan segera. Tetapi ia memerlukan satu fatwa. Tanpa fatwa Qutuz tidak akan melakukannya. Umat Islam di Mesir pada ketika itu tidak mengenal cukai selain Zakat. Syariat adalah batas segalanya. Diantara yang dipanggil ketika itu adalah seorang ulama yang bernama Al-Izz bin Abdis Salam. Al-Izz bin Abdis Salam yang berumur 81 tahun dan dikenali dengan ketegasan itu mengeluarkan satu fatwa yang cukup tegas:

“Apabila Negara Islam diserang, wajib ke atas dunia Islam untuk memerangi musuh. Harus diambil dari rakyat jelata harta mereka untuk membantu peperangan dengan syarat tidak ada harta langsung di dalam Baitul Mal. Setiap kamu (pihak pemerintah) pula hendaklah menjual semua yang kamu miliki dan tinggalkan untuk diri kamu hanya kuda dan senjata. Kamu dan rakyat jelata adalah sama di dalam masalah ini. Ada pun mengambil harta rakyat sedangkan pimpinan tentera memiliki harta dan peralatan mewah, maka ianya adalah tidak harus”

Fatwa yang cukup tegas ini disambut dengan ketegasan Qutuz. Baginda memerintahkan agar semua pembesar dan pimpinan perang menyerahkan semua yang mereka miliki mengikut fatwa tersebut. Hasilnya, Mesir menjadi Negara yang kaya. Penyerahan harta oleh pembesar dan pimpinan disambut oleh rakyat jelata. Mereka mula menyumbangkan harta untuk memenuhi tuntutan belanjawan perang. Fatwa Al-Izz bin Abdis Salam menyelesaikan masalah dalam keadaan yang segera.


wallahua'lam..
~cukuplah Allah sebagai pelindug~


Thursday, 13 June 2013

LIRIK DAN TERJEMAHAN QASIDAH BUSHRALANA

Bushro lana nilnal muna
zalal a'naa wafal hanaa
waddahru anjaza wa'dahu
walbishru adha mu'lana

busyrolana nilnalmuna
zalal a'naa wafalhanaa

ya nafsutibi billiqo'
ya 'ainu qorri 'ayunaa
hadza jamalulmustofa
anwaruhu lahat lanaa

ya taybatu madza nakul
wafiki qod hallarrosul
wa kullu yaryarju wusul
limuhammadin nabiyina

ya raudhaotal hadisyafiq
wa sokhobihi walbaqi'
uktub lana nahnul jami'
ziyarotu lihabibina

~Allahumma solli wassalim wabarik a'aihi wa a'ala alaih.

Terjemahan :

✿ ܓ Gembira bagi kami kerana tercapai cita-cita hilang susah datang senang masa telah menapati janjinya gembira telah menjadi nyata

✿ ܓGembira bagi kami kerana tercapai cita-cita Hilang susah datang senang

✿ ܓWahai jiwa bahagialah dengan pertemuan Wahai mata puaslah hendaknya

✿ ܓ Inilah dia keindahan nabi Cahaya telah menyinari kita sekalian

✿ ܓWahai Madinah apa yang hendak dikata Sedang dikotamu nabi menetap

✿ ܓKami sekalian mengharap sampai kerana nabi kekasih kami.

✿ ܓWahai makam nabi yang mulia Duhai sahabatnya dan ahli baqi'

✿ ܓMudahkanlah Wahai Allah bagi kami sekalian Ziarah bagi nabi kami

~Ya Allah limpahkanlah rahmat, kesejahteraan dan keberkatan ke atas junjungan kami, Nabi Muhammad s.a.w. dan keluarganya


~Allah, Allah, Allah~

Thursday, 6 June 2013

Lirik dan makna Selawat Solla Alaikallah

Terjemahan Selawat Adnaniyyah
SELAWAT ADNANIYYAH(BANI ADNAN)

صلى عليك الله يا عدنان
Tuhan memberkati kamu, wahai Adnan (Datuk Nabi yang ke-20)

يا مصطفى يا صفوة الرحمن
Wahai Yang Terpilih Wahai Yang Penuh keIkhlasan & Pengasih

الحمد لله الذي أعطاني
Segala puji bagi Allah yang mengurniakan kepada ku

هذا الغلام الطيب الأردان
Anak lelaki yang baik akhlaknya dan sifatnya

قد ساد فى المهد على الغلمان
Kebaikannya itu telah mengatasi dengan jelas anak-anak lelaki lain

أعيذه بالبيت ذي الأركان
Ku melindunginya dengan rumah yang mempunyai kerukunan/peraturan(melindunginya dengan Allah “Tuhan Ka’bah”)

حتى أراه بالغ البنيان
Sehingga aku melihatnya sudah baligh/matang dan bertubuh kuat dan sihat

أنت الذي سمية في القرآن
Engkaulah yang telah disebutkan (dinamakan) di dalam Al-Quran

أحمد مكتوب على الجنان
Ahmad yang tertulis di langit

صلى عليك الله في الأحيان
Allah memberkatimu dalam kehidupan yang berterusan

أحمده في السر والبرهان
Ku memujinya secara rahsia dan nyata (dalam hati dan lafaz dengan lidah)

حقا على الإسلام والإيمان
Yang benar-benar berhak ke atas Islam & Iman

يا ربنا بالمصطفى العدنان
Wahai Tuhan Kami, kami bertawassul dengan berkat yang terpilih dari Bani Adnan

اغفر ذنوبي ثم أصلح شأني
Ampunkanlah kiranya dosa-dosaku,kemudian perbaikilah kiranya diriku ini



p/s:jom berselawat ^_^

~cukuplah Allah sebaik-baik penolong~

Lirik dan Makna Qasidah Sholatun Bissalamil Mubin

Lirik Bahasa Arabnya:




Makna atau Artinya: Shalawat serta salam ku persembahkan kepada mu wahai kekasih kuSebagai bukti keteguhan ku,wahai Nabi saw (kekasih ku)Engkaulah sebenar2nya pemberi peringatan pada masa muWahai kekasih ku,wahai Rasulullah saw yang bercahaya wajahnya penunjuk jalan kebenaranTak lekang sholawat tercurah pada mu wahai pembawa kebenaran,laksana hembusan angin yang kencang.  Hadits Tentang Sholawat Nabi :

Rasulullah saw bersabda: “Barang-siapa yang membaca shalawat kepada-ku sekali, Allah akan memberikan balasan shalawat kepadanya sepuluh kali.”[HR. Muslim 1/288.]Rasul saw bersabda: “Janganlah kamu menjadikan kuburanku sebagai hari raya, dan bacalah shalawatmu pa-daku, sesungguhnya bacaan shalawat-mu akan sampai kepadaku, di mana saja kamu berada.”[HR. Abu Dawud 2/218 shahih, Ahmad 2/367]Rasul saw bersabda: “Orang yang bakhil adalah orang yang apabila aku disebut, dia tidak membaca shalawat kepadaku.”[HR. At-Tirmidzi 5/551, begitu juga imam hadis yang lain, lihat Shahihul Jami’ 3/25 dan Shahih At-Tirmidzi 3/177]Rasul saw bersabda: “Sesungguh-nya Allah mempunyai para malaikat yang senantiasa berkeliling di bumi yang akan menyampaikan salam kepadaku dari umatku”. [HR. An-Nasa’i, Al-Hakim 2/421]Rasul saw bersabda: “Tidaklah se-seorang mengucapkan salam kepadaku kecuali Allah mengembalikan ruhku ke-padaku sehingga aku membalas salam-(nya).” [Abu Daud no. 2041]



p/s: jom berselawat ^_^

~cukuplah Allah yang menagwasi segalanya~

Teks Qasidah Innal Habibal Musthofa

اِنَّ الحَبِيبَ المصطفى     ذُورَأفَةٍ وَذُو وَفَا

وَذِكرُهُ فِيهِ الشِّفَا     اِذَاتَمَادَى بِالعِلَل

نِلنَا بِهِ طُولَ المَدى    نَصرًا عَلَى كُلِّ العِدَى

يَسُرُّنَا اَن يُفتَدَى     بِالرُّوحِ مِنَّا وَالمُقَل

طَارَة لَهُ اَروَاحُنَا     دَامَت بِهِ اَفرَاحُنَا

زَالَت بِهِ اَترَاحُنَا     فَهُوَ الرَّجَاءُ وَالاَمَل

اَورَدتَ رَبِّى نِعَمًا     عَدَّا نُجُومٍ فِى السَّمَا

اَحسِن اِلهِى كَرَمًا    خِتَامَنَا عِندَ الاَجَل