Sedikit perkongsian yang diperolehi ketika mengulangkaji subjek minor Pengajian Islam ana, Akidah Islamiyyah, moga bermanfaat =)
AKIDAH
AKIDAH AHLI SUNNAH WAL-JAMA'AH
1. Menjelaskan maksud ahli sunnah wal-jamaah
a. Kumpulan yang berpegang teguh dengan Al-Quran, sunnah rasul dan perkara yang
dibawa oleh para sahabat serta menetang perkara bida'ah.
b. Nama lain ; ahlu sunnah ,al-jamaah, as-salaf as-soleh, ahlul hadis.
2. Menerangkan kemunculan nama ahli sunnah wal-jamaah
a. Muncul setelah berlaku perpecahan dikalangan umat islam.
b. Nama Ahli sunnah wal wajamaah dimasyhurkan oleh
abu hasan al-asy'ari dan abu mansur al-maturidi
c. Ia adalah gabungan perkataan ahlu, as-sunnah dan asl-jamaah
d. Dinamakan ahli as-sunnah kerana
i. mereka menerima dan beramal dengan sunnah rasulullah
e. Dinamakan al-jamaah kerana mereka
i. berkumpul diatas kebenaran dan
ii. bersatu berjihad melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar serta
iii. menghidupkan sunnah dan
iv. menentang perkara bid'ah
3. Menyenarai prinsip-prinsip akidah ahli sunnah wal-jamaah
a. Berpegang teguh dengan al-quran dan as-sunnah
b. Berpegang dengan prinsip as-salaf as-soleh
c. Jika terdapat perselisihan pandangan, mereka merujuk kepada al-quran
dan as-sunnah
d. Mereka tidak mencela dan mengkafirkan orang yang tidak sealiran dengan
mereka
e. Mereka tidak menghukum kecuali terdapat bukti yang sahih
4. Menghurai pandangan ahli sunnah wal-jamaah terhadap beberapa isu
a. Al-quran bukan makhluk
i. Mereka yakin al-quran adalah kalam Allah yang bersifat qadim
dan bukan makhluk iaitu bersifat baru.
b. Melihat allah
i. Menurut ahli sunnah wal jamaah orang mukmin dapat melihat
Allah di syurga pada hari qiamat sebagaimana yang disebutkan dalam al-quran dan hadis sahih
c. Pelaku dosa besar
i. Orang yang melakukan dosa besar tetap dikira sebagai mukmin
kerena imannya masih ada tetapi dikira fasik kerana telah melakukan dosa besar
d. Iman bertambah dan berkurang
i. Ahli sunnah berpendapat bahawa iman seseorang boleh bertambah
dan berkurang
ii. Ia bertambah dengan amalan seperti solat dan zikir
iii. Ia boleh berkurang apabila seseorang melakukan maksiat atau
kejahatan seperti mencuri dan menipu
5. Menghurai kepentingan berpegang dengan akidah ahli sunnah wal-jamaah
a. Dapat membersihkan akidah daripada sebarang kekeliruan dan kesesatan
i. Ini kerana akidah mereka berdasarkan kepada sumber yang sahih
iaitu al-quran dan as-sunnah
b. Asas kepada penerimaan sesuatu amalan
i. Kerana amalan seseorang hanya diterima jika bersandarkan akidah yang betul
c. Hidup diredhai allah kerana berada dijalan yang benar
Allah subhanahu wata’ala berfirman dalam hadits qudsi:
ياَدَاوُد لَوْ يَعْلَمُ الْمُدْبِرُوْنَ عَنِّيْ شَوْقِي لِعَوْدَتِهِمْ ، وَمَحَبَّتِيْ فِيْ تَوْبَتِهِمْ ، وَرَغْبَتِيْ فِي إِناَبَتِهِمْ لَطاَرُوْا شَوْقًا إِلَيَّ ،
يَادَاوُد هَذِهِ رَغْبَتِيْ فِى الْمُدْبِرِيْنَ عَنِّي ، فَكَيْفَ تَكُوْنُ مَحَبَّتِيْ فِى الْمُقْبِلِيْنَ عَلَيَّ…؟
“Wahai Daud : Seandainya orang-orang yg berpaling dari-Ku mengetahui
kerinduan-Ku atas kembalinya mereka, dan cinta-Ku akan taubatnya mereka, dan besarnya sambutanku atas kembalinya mereka pada keridhoan Ku, niscaya mereka akan terbang karena rindunya mereka kepada-Ku. Wahai Daud, demikianlah cinta-Ku kepada orang-orang yg berpaling dari Ku (jika mereka ingin kembali), maka bagaimanakah cinta-Ku kepada orang-orang yg datang (mencintai dan menjawab cinta Allah ) kepada-Ku?”
Allah, Allah, Allah ^_^
sumber :http://www.sabah.edu.my/cwm010/akidahahlisunnah.htm dan http://pondokhabib.wordpress.com/mimpi-berjumpa-rasulullah-saw-%
E2%80%93-habib-munzir/
~cukuplah Allah dalm hidupku~
|
No comments:
Post a Comment